BAB 9

Romance Completed 795

“Kata doktor, Farishi di wad ICU. Kita pergi sana la.”

Murni terus mengikuti Zara dan ketika mereka sampai di bilik tersebut Murni menapak ke birai katil. Dia melihat wajah lelaki yang dicintai itu dengan penuh kehampaan. Wajahnya begitu menggambarkan penderitaan yang ditanggungnya. Air matanya tidak dapat dibendung lagi, jatuh berderaian di pipinya, namun segera diseka. Dia menghulur tangan untuk bersalam dengan seorang perempuan yang sudah berusia. Mungkin ini ibu kepada Farishi fikirnya kerana dia melihat wanita itu turut mengalir air mata di wajahnya yang telah pun dimamah usia. Salamnya disambut lembut.

“Murni?”

Wajah Murni ditatap lembut. Murni mengerutkan dahinya tanda dia tidak mengerti bagaimana wanita ini mengenalinya. Namun segera dimaniskan wajahnya.

“Mak cik ni, ibu angkat Farishi. Murni boleh panggil Mak cik Umi. Hmmm.. Farishi pernah tunjuk kat Umi gambar Murni dan Umi tahu dia benar-benar menyayangi Murni.”

Lembut bicara Umi pada Murni. Dia menarik kerusi di sisinya dan meminta Murni duduk di sebelahnya. Sungguh dia begitu menanti saat untuk berbicara empat mata dengan gadis yang dicintai Farishi.

“Maaf Umi, Farishi tidak pernah menceritakan hal keluarganya pada saya sebab kami tak pernah rapat.”

Perlahan Murni berkata dan sekali lagi air mata diseka di tubir matanya. Dengan tiba-tiba Umi mengusap lembut bahunya. Mata Umi turut bergenang kembali.

“Umi tahu Murni, Umi tahu segalanya. Umi perlu memperjelaskan segalanya Murni. Memang benar kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Farishi terpaksa menamatkan pengajiannya, Murni tahu kan?”

Murni mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience