BAB 4

Romance Completed 795

“Murni! Murni!”

Jerit Zara ketika masuk ke bilik, Murni yang sedang menelaah memandang Zara yang tercungap. Dia semakin hairan.

“Si Farishi da berhenti. Dia dah tak belajar kat sini lagi”

Kata-kata Zara mengejutkannya. Masakan Farishi yang mementingkan cita-cita itu boleh membuat keputusan sebegitu drastik. Dia hanya menggeleng kepala dan sambung menelaah. Bagi Murni itu semua tiada kena mengena dengannya. Zara hanya terdiam melihat perlakuan sahabatnya. Dia pasti Murni berubah menjadi seorang yang begitu tegas gara-gara Farishi. Walaupun dia tidak pasti apa yang terjadi antara mereka berdua sejak peristiwa sebulan lepas di perpustakaan.

Mentari mula membenam di sisi barat, terukir keindahan ciptaan Ilahi. Sungguh terharu melihat kejadian alam yang begitu sempurna tiada cacat celanya. Murni meraup wajahnya yang mulus buat seketika, dan ketika itu bergenang air mata di tujah matanya. Adakah dia terlalu terharu kerana mengakui keagungan yang Maha Berkuasa atau kerana hatinya yang kian hari kian parah? Sungguh dia begitu rindu ingin menatap wajah seseorang yang dia ingin kasihi namun ditolak. Hatinya terlalu ampuh sehingga mudah dirobek dengan kata-kata.

‘Ini semua permainan hati, memang benar katanya perasaan ini memakan diriku.’

Kekesalan semakin memenuhi ruang hati Murni. Kesal kerana terlalu menyimpan cinta pada si dia yang tidak memahami. Bertitis jua air mata di pipinya. Pantas dia mengesat air matanya yang mengalir.

Tidak jauh dari pondok tempat Murni duduk, Zara hanya memandang simpati. Dia tahu jiwa sahabatnya itu dalam kekecewaan walaupun luarannya tampak begitu tegas setelah peristiwa itu. Dia berdoa agar kebahagiaan datang bertamu di hati temannya itu, kerana dia tidak sanggup melihat Murni begitu rupa yang dihambat kepiluan setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience