BAB 5

Romance Completed 795

Setelah 2 tahun berlalu, Murni dan teman-teman seiringannya berjaya memperolehi segulung ijazah. Sungguh gembira tidak terkata apabila dia turut menerima tawaran kerja di sebuah syarikat perlaburan di Johor Bahru. Segala kisah tentang hatinya dilupakan tiada lagi kesedihan yang membelenggu hatinya. Murni juga masih lagi serumah dengan Zara walaupun tempat kerja mereka berlainan.

Lagu “Hanya Aku” nyanyian Hyper Act mula menerjah ruang biliknya. Murni segera melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Panggilan baru dan dia tidak tahu siapa pemanggilnya namun Murni segera menjawab.

“Assalamualaikum.”

Suara lelaki kedengaran di hujung talian. Murni agak kaget mengira-ngira siapa pemanggilnya.

“Waalaikumussalam. Maaf ni siapa?” tanya Murni lembut.

Debaran terasa menyesakkan dirinya, namun segera dia mengawal dirinya. Dia perlu menyelesaikannya.

“Urmm… Ni Murni Qaisara ke?” tanya lelaki itu agak tenang, Murni semakin hairan.

“Ya ni siapa? Boleh saya tahu?”

Murni ingin tahu siapa pemanggilnya. Suara si pemanggil tersebut benar-benar membuatkannya terfikir sejenak. Dia seperti pernah mengenali pemilik suara itu.

“Ini Farishi, Farishi.”

Terasa mahu gugur jantung Murni. Murni menekup mulut dengan telapak tangannya dan dia ingin tahu bagaimana lelaki tersebut mempunyai nombor telefonnya namun dia lebih ingin tahu tujuan Farishi menghubunginya. Ya Allah, mengapa baru sekarang dia menghubungi aku?

“Murni? Hello, awak dengar tak ni?” tanya Farishi, kedengaran suaranya begitu risau.

“Ya ya… dengar. Mana dapat nombor saya dan kenapa urmm kenapa hubungi saya?”

Tanya Murni gugup walaupun gelodak hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.

“Urmm mana satu nak tahu dulu ni?”

Balas Farishi di hujung talian di akhiri dengan gelakan kecil. Murni menjadi tidak keruan. Mungkinkah Farishi sudah gila barangkali setelah hampir dua tahun lebih tiada khabar berita tentang Farishi didengarinya?

“Murni, saya nak jumpa awak boleh?”

Pertanyaan Farishi sekali lagi membuatkan jantungnya berdebar seperti ingin pecah. Dia tidak terkata apa-apa.

“Murni? Boleh kan?” sekali lagi diaju.

“Kenapa? Nak buat apa?”

Balas Murni antara acuh tidak acuh. Dia tidak pasti sama ada dia gembira atau tidak menerima panggilan daripada seseorang yang berjaya menawan hatinya buat seketika dulu dan turut menyedarkannya erti kekecewaan dalam perasaan.

“Masih seperti dulu, Murni saya nak jumpa awak, masa lunch time nanti. Saya jemput awak nanti just tunggu depan ofis awak jek saya datang nanti. Tutt.. tuttt.. tutt…” talian diputuskan. Murni termanggu seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience