BAB 10

Romance Completed 795

“Dia terpaksa Murni, Farishi bukan seorang yang cepat mengalah, namun bila ibu dan ayahnya meninggal dunia kerana kemalangan, Farishi bertekad ingin menyambung kembali apa yang ayahnya lakukan. Ayah Farishi sudah bertahun bekerja sebagai pemandu suami Umi. Dan bila ayah Farishi meninggal Farishi menggantikan tempat ayahnya. Puas kami pujuk supaya sambung semula pengajiannya namun dia berkeras tidak mahu, katanya sudah cukup bantuan yang kami berikan kini biarlah dia membalas segala jasa kami, takut tiada kesempatan.

Lama kelamaan, suami Umi pujuk dia bekerja di syarikat suami Umi. Dia budak pandai, rajin pulak tu. Jadi suami Umi naikkan pangkat dia jadi eksekutif. Bila Umi jadikan dia anak angkat dia terima sebab anak Umi pun jauh di Jordan dan seorang lagi di US, belajar di sana dan dalam diam Umi cuba jodohkan dia dengan seseorang tapi dia menolak. Umi tanya dia dah ada pilihan hati sendiri ke. Tapi dia tak menjawab dia cuma cakap seseorang dah memiliki hati dia. Umi fahamlah.

Lepas tu Umi terpandang satu gambar yang dia selalu selit dalam buku yang kerap kali dia baca. Gambar kamu, Umi tanya dia siapa? Dia pun ceritakan segalanya. Dia cakap nak minta maaf kat Murni dan dia juga akan luahkan segala cintanya pada Murni. Itulah niatnya namun takdir Tuhan tiada siapa dapat pertikai apalagi untuk menghalangnya. Dia disahkan menghidap kanser. Ya Allah, luluh harapan dia mahu mencipta kebahagiaan dengan kamu, Murni. Namun dia kuat menghadapi semua itu, dia tetap cari kamu, tapi sekarang ini yang…”

Umi terus menangis dan tidak dapat meneruskan bicaranya. Suaminya menghampiri Umi dan menenangkan isterinya, Murni menekup mulut dan beristighfar berbanyak kali. Air matanya sudah pecah di empangan matanya. Murni turut meratapi kesal apa yang terjadi, sungguh dia tersilap menilai kedinginan Farishi yang menolak cintanya dulu. Dia kini tahu betapa lelaki itu begitu duka di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience