BAB 2

Romance Completed 795

Sepanjang perjalanan ke kafe, Murni menceritakan segala yang berlaku di antara dia, Farishi dan Qistina. Zara hanya menggeleng kepala mendengarnya, tidak dia begitu menyangka sebegitu rupa sikap Qistina di sebalik kemanisan wajahnya. Dan dia dapat mengagak isi hati temannya, dalam diam Murni yang ayu seperti gadis kampung menyimpan seribu kisah hati terhadap Farishi. Lelaki yang berjaya mencuri hati temannya itu memang terkenal dengan sikap dingin. Dia sendiri tidak pernah bertegur sapa dengan Farishi.

Dengan tiba-tiba langkah mereka berdua terhenti, Farishi menghadang laluan Murni. Murni yang terkejut hampir sahaja melanggar pemuda di hadapannya kini, tatkala Murni mendongak memandang wajah pemuda di hadapannya hampir sahaja terlepas buku dan fail dari tangannya ke lantai. Sempat lagi dia mengerling sekeliling, ternyata hampir semua mata tertuju ke arah dia dan Farishi. Zara yang sedari tadi berdiam mula menjarakkan diri daripada bersebelahan Murni. Dia memberi ruang untuk Farishi berbicara dengan temannya.

“Ikut saya sekejap!”

Kedengaran begitu tegas nada suara Farishi memecah kebisuan seketika. Namun suaranya dikawal perlahan.

“Eh, kenapa? Nak buat apa? Tak nak lah.”

Balas Murni dengan gugup, suaranya juga perlahan. Dia malu apabila semua pandangan tertumpu pada drama yang sedang berlaku itu.

“Awak nak saya cakap dekat tempat public macam ni ke? Atau awak memang suka kalau dia orang dengar? Memang sengaja nak cari publisiti.”

Nadanya agak kendur namun masih tegas dan penuh sindiran namun pandangannya masih tidak beralih menatap wajah yang ada di hadapannya kini. Tiada yang istimewa tapi masih dapat menarik perhatian sesiapa yang melihat gadis ini kerana keayuan yang dimiliki. Dia mengawal degupan jantung yang semakin berdebar.

‘Argghhhhh… aku tiada masa. Dia perlu diperjelaskan! Jangan bermain dengan hati, Farishi!’

Amaran untuk dirinya. Dia benci apabila sesuatu telah mencuri tumpuannya untuk mencapai kejayaannya yang dilakar setiba di menara gading ini. Farishi meraup mukanya dan mengeluh buat seketika. Murni yang mendiamkan diri terus membisu namun melihat perlakuan Farishi, dia tahu bahawa dia sudah meletakkan beban pada pemuda itu.

“Baik. Begini, jumpa saya di library jam 3, lepas habis kelas. I have something to tell you, kelas awak da habiskan time tu? Boleh?”

Tanya Farishi perlahan. Matanya terus memandang Murni penuh pengharapan. Murni hanya mengangguk dan memerhatikan Farishi yang terus berlalu tanpa sebarang kata. Murni mengeluh dan mula melangkah pergi dari kawasan kafe, tiada selera lagi untuk dia menjamah sekarang. Zara yang melihatnya turut menggeleng kepala dan mengikuti langkah temannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience