BAB 7

Romance Completed 795

“Sudahlah, saya tidak berdendam pada awak. Cuma saya terlalu kecewa dan saya tak mampu menerima sayang awak. Bersusah payah, sehabis daya saya melupakan awak. Kini awak kembali dan awak katakan sayang. Sungguh mudah.”

Murni mengalihkan wajahnya, dia takut jika dia membalas pandangan Farishi, dia tidak mampu menahan tangisan yang semakin bermukim di hatinya. Malah dia sendiri tidak mengerti mengapa dia pula yang ingin menafikan perasaannya. Sungguh dia pasti dia masih mencintai Farishi. Cuma keegoan menjadi tunjang di hatinya kini. Farishi meraup mukanya dan mengeluh.

“Saya tak minta awak menerima perasaan saya namun saya hanya ingin awak tahu saya mencintai awak sejak dulu lagi. Hmmm maafkan saya sekali lagi jika saya yang menjadi punca awak kecewa. Saya lebih kecewa kerana tidak mampu menjadi seorang lelaki yang berani mengungkap isi hati sendiri. Saya terima jika awak sudah mempunyai yang lebih baik namun saya hanya ingin awak faham yang setiap kata-kata saya dulu bukan jujur dari hati saya, saya tidak mahu kesal di penghujung…” sekali lagi Murni memintas kata-kata Farishi.

“Sudahlah Farishi, awak hanya menambah kepiluan yang sudah lama mati. Buang perasaan awak itu, kerana saya tidak akan menerimanya. Saya terlalu bodoh jika menjadi hamba cinta ini. Lupakannya Farishi selamat tinggal. Assalamualaikum.”

Farishi hanya terdiam, hanya matanya sahaja yang menjadi isyarat begitu dia mengharapkan wanita di hadapannya. Dia cuba menahan namun Murni terlebih dahulu mengangkat kaki pergi meninggalkannya. Farishi bangun dengan niat ingin mengejar namun bayangan Murni hilang sudah entah ke mana. Dia semakin runsing dan resah. Tiba-tiba dia merasakan sekelilingnya berputar dan pandangannya gelap. Rebahlah sudah dia ke bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience