BAB 11

Romance Completed 795

Zara yang menjadi pemerhati turut sama mengalirkan air mata. Betapa dia juga mengerti perasaan temannya ketika itu.

“Maafkan Murni, Farishi. Murni terlalu bodoh, tolong jangan tinggalkan Murni, Farishi.”

Ucap Murni sebak. Dia ingin menggenggam jemari Farishi namun dia masih tahu batasnya. Tiba-tiba, dalam keadaan sepi itu, Farishi membuka perlahan matanya.

“Murni … Farishi terlalu… hmm… mencintai… Murni. Maafkan Farishi kerana… per..nah.. melukai Murni.”

Perlahan Farishi menutur kata dengan nafas yang tersekat menahan kesakitan yang teramat sangat. Murni teresak-esak menangis, tidak dia sangka begitu mendalam kasih lelaki itu terhadapnya. Wajah Farishi begitu pucat dan matanya turut bergenang.

“Farishi, Murni juga menyayangi Farishi, maafkan Murni …,”

Belum sempat Murni menghabiskan katanya, dia melihat Farishi dalam keadaan tercungap-cungap.

Suami Umi datang berbisik mengajarnya mengucap. Ya Allah begitu haru keadaan ketika nafas terakhir dihembus Farishi. Murni menekup muka dengan telapak tangannya sambil dipeluk Zara. Umi dengan tiba-tiba rebah kerana terlalu sedih. Kini Murni benar-benar kesal dan jika dulu dia menangisi kerana cintanya ditolak namun kini dia meratapi kerana telah kehilangan seseorang yang begitu dia sayangi. Kini pergilah sudah Farishi ke rahmatullah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience