Bab 9

Romance Series 2365

Aneesa memanaskan enjin Motor Ego S nya sambil menunggu kedatangan sepupunya untuk membawanya ke tempat kerja. Hari pertama mestilah kenalah ada 'escort' dulu. 'First day' lah katakan. Banyaklah songgeh kau Wawa...

Aneesa hanya mengenakan persalinan ringkas hari itu. Seluar jeans hitam, t shirt kuning berlengan panjang yang fit di tubuh langsingnya dan di 'match' kan dengan tudung bawal hitam. Tudung itu dibelit kemas. Lawanya anak dara Puan Nazra dan Encik Azlan yang satu ini.

Agak awal dia hari itu. Biasalah perangai tak elok jangan ditunjukkan lagi. Bila lama-lama baru kita keluarkan.hihihihi. Pemikiran apalah si Aneesa ni. Jangan diikut ya tidak elok.

Kelihatan motor Honda Ex5 memasuki pekarangan rumah Encik Azlan. Sepupunya si Zana sudah sampai.

"Jom. Ikot je Kak Zana Dulu."
Arah Zana supaya gadis itu mengikutinya dahulu agar tidak tersesat.

"Okay beress."
Balas gadis itu. Perlahan-lahan kedua-dua motosikal itu meluncur ke destinasi yang bakal dituju.

-----------------

Sampainya Kedua pupu itu, mereka bergegas ke bilik yang memang disediakan untuk pekerja kebersihan. Penyelia mereka sudah menunggu untuk memberikan 'briefing' pada Aneesa.

Memang peraturan syarikat apabila terdapat pekerja baru, mereka haruslah diberikan taklimat keselamatan dahulu.

Sampainya Aneesa dan Zana di ruangan pekerja kelihatan Kak zam sudah menunggu mereka. Para pekerja juga masih berada di dalam ruangan itu. Belum sampai waktunya bekerja.

Salam diberi dan Aneesa menyapa kesemua manusia di dalam bilik sederhana besar itu. Dia duduk di kerusi mengadap bakal penyeliannya itu.

"Hai, Saya Zamina, boleh panggil Kak zam. Saya penyelia yang akan jaga awak dan pekerja lain."
Mula Kak Zam pada gadis cantik di hadapannya. Agak kagum dia pada Aneesa. Lawa yang amat!

"Nama apa, nak panggil apa ya."
Kak zam menyambung bicara.

"Nama Nur Aneesa Najwa, boleh panggil Wawa."
Terang Aneesa ringkas. Berdasarkan pemerhatiannya semua pekerja di situ baik-baik sahaja. Tidak sombong. Permulaan yang bagus.

"Okay, Kak Zam bagi taklimat sikit ya Wawa sebelum Wawa start buat kerja."
Kak zam memberitahu Aneesa. Dia mula memberi taklimat keselamatan dan maklumat mengenai bahan kimia yang digunakan bagi kerja-kerja pembersihan di situ. Panjang lebar wanita itu menerangkan pada gadis muda itu. Dia juga menerangkan tentang tugas-tugas yang biasa mereka lakukan.

Gadis jelita itu tekun mendengar percakapan Kak Zam dan hanya menggangukkan kepala sesekali.

"Okay, dah selesai"
Ungkap Kak zam apabila kesemua maklumat sudah disampaikan.

"Harini, Wawa buat kerja dengan Zana dulu ya."
Arah penyelianya. Di situ memang akan sentiasa bertukar pasangan seminggu sekali. Itu semua adalah bagi mengeratkan hubungan sesama pekerja..

Gadis itu hanya mengganguk kepala mengiakan. Sementara menunggu waktu bekerja, waktu yang ada digunakan Aneesa untuk berkenalan sesama mereka. Sudah tidak sabar dia mahu meneroka bangunan 2 tingkat itu.

"Kak Ani, tolong ambilkan baju kerja dalam almari tu."
Arah wanita itu pada Pekerja yang paling tu di situ kerana dia berada di depan almari itu. Pekerja kebersihan di situ memang menggunakan uniform yang disediakan oleh syarikat. Baju kerja dicapai wanita 45 tahun itu dan diberikan pada gadis itu. Gadis itu menuturkan terima kasih pada Kak Ani.

Kesemua pekerja mula bersiap untuk memulakan tugas masing-masing.

****************

Hazim memperhatikan sahaja seorang gadis yang keluar dari ruangan khas bagi pekerja pembersihan. Bagaikan dia kenal gadis itu. Kebetulan semasa dia menaiki tangga hendak ke pejabatnya, para pekerja kebersihan mula keluar untuk menjalani rutin harian mereka.

'Bukan kot, takkan lah dia'
Monolog dia di dalam hati. Pintu pejabat dibuka dan dia duduk di sofa yang berada dalam pejabatnya bagi melepaskan lelah.

Bercampur-baur perasaannya ketika itu. Letih dan pening menghadapi perangai 'offshore' yang akan menaiki Chopper. Biasalah kerja kan kena lah hadap benda-benda macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience