Bab 7

Romance Series 2365

"Kak Zam dah jumpa ke orang nak gantikan Wani"
Soal Zana pada penyelianya. Baru 3 hari Wani berhenti kerana dia mengandung. Dia berhenti kerana itu merupakan kandungan pertamanya setelah 4 tahun menunggu zuriat. Oleh itu dia sangat berhati-hati dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

"Tu lah Kak Zam, tak jumpa lagi ke?"
Hana juga menyampuk. Kesian dia memikirkan ada pekerja yang tidak mempunyai pasangan kerja. Di situ kerja-kerja semua dilakukan secara berpasangan.

"Tak ada lagi lah. Susah sikit nak cari orang nak kerja sini. Ada tu ada tapi diorang tak ada kenderaan untuk datang kerja. Payah lah kalau macam tu."
Panjang lebar penyelianya menerangkan situasi yang dihadapi. Kalau boleh dia juga hendak mencari pengganti dengan kadar segera.

"Kalau orang bawak masuk sepupu orang boleh Kak zam?"
Tanya Zana pada penyelianya. Dia baru teringat yang sepupunya baru habis SPM, boleh lah cuba ditanyakan padanya.

"Eh, boleh lah. Lagi cepat lagi baik."
Pantas sahaja Kak Zam menjawab. Kurang satu masalah jika sepupu Zana setuju untuk bekerja di situ. Susah nak cari orang hendak kerja sebagai 'cleaner' sekarang ni. Memilih!...

"Okay, nanti orang try tanya dia.'
Jawab si Zana.

"Okay, Siap sedia nak kerja sayang-sayang semua."
Kak Zam memberi arahan pada anak buahnya memandangkan waktu rehat pagi telah pun tamat. Semua telah bersedia untuk menjalankan rutin harian mereka sebagai tukang cuci. Masing-masing bergerak ke destinasi yang telah ditugaskan.

•••••••••••••

"Wawa tak nak cari kerja ke?"
Encik Azlan bertanya pada anak daranya itu. Dia sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah. Puan Nazra pula keluar beli barang bersama si bongsu Asha.

"Tak lagi kot buat masa sekarang."
Balas gadis jelita itu. Dia sedang rehat di beranda rumah sambil mengambil udara pagi. Sejuk dan nyaman!...

Nur Aneesa Najwa Binti Azlan, itulah nama yang diberikan olehnya dan Puan Nazra. Hanya dia yang diberi nama agak panjang memandangkan itu permintaan daripada arwah ibunya. Dia dan isterinya bersetuju sahaja. Kata Ibunya nama itu memang sudah lama ingin diletakkan pada anaknya seandainya memperolehi anak perempuan, namun ibunya melahirkan 3 anak lelaki. Jadi nama itu diberikan pada cucunya. Apa salahnya dia sebagai anak menunaikan hajat itu, bukannya besar dan payah. Hanya nama yang cantik itu sahaja. Al- fatihah buat ibunya dan juga bapanya.

"Ni pun Wawa tengah jahit baju yang orang tempah ni Abah"
Sambung gadis itu. Bukan lama pun masa yang diambil untuk siapkan tempahan tu. Tapi dia agak malas jadi lambatlah siap kerjanya itu.

"Ha yelah"
Malas memanjangkan hal itu. Biarlah anaknya membuat keputusan sendiri. Dia menyambung mengemas halaman rumah yang sememangnya sudah bersih. Hari ini dia cuti. Encik Azlan yang bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat swasta memang sukakan kebersihan. Selain itu, ianya juga sebagai senaman buatnya.

**********

Semasa Puan Nazra sedang memilih barangan di sebuah mini market dia disapa oleh seseorang yang dikenalinya. Pagi tadi dia sudah datang disini tapi dia kembali semula pada tengahari kerana banyak barang yang lupa dibeli, mujurlah mini market itu tidak jauh mana dari rumahnya. Zana! anak saudara suaminya rupanya yang menegurnya.

"Maksu nak tanya ni, Wawa tengah buat ape je?"
Tanya Zana pada Ibu saudaranya. Panggilan Maksu memandangkan bapa saudaranya merupakan anak bongsu.

"Ade je kat rumah tu, jahit baju orang pun ye jugak. Kenapa?"
Soalan Zana dijawab Puan Nazra. Tertanya-tanya dia apa yang menyebabkan Zana bertanya sedemikian.

"Ingat nak tanye dia nak kerja ke tak dekat Zana keja ni Maksu. Tu pon kalau dia nak lah."
Zana berkata sambil berharap yang sepupunya bersetuju untuk bekerja di situ.

"Alah Zana pegi je kat rumah karang, Ade je si Wawa dekat rumah tu. Zana tanyalah dia lagi senang. Maksu tak berani nak kata apa-apa, takut dia tak nak pulak kan susah."
Panjang Puan Nazra menerangkannya. Dia memang tidak suka untuk memaksa anak-anaknya melakukan sesuatu. Jadi biarlah Zana sendiri yang bertanya.

"Okay Maksu. Nanti petang orang datang"
Zana memberi tahu Maksunya. Lalu meminta diri untuk beredar. Dia datang di situ oada waktu rehat kerana perlu membeli barangan wanitanya yang sudah mulai susut.

"Ha yelah"
Respon pendek Puan Nazra. Dari jauh juga kelihatan Amran yang melambai bertanyakan sama ada dia sudah siap membeli ataupun belum kerana mini market itu mula dipenuhi para manusia. Malas beratur panjang semasa mahu membayar nanti. Terus dia mempercepatkan pergerakannya. Amran mendekat dan menolong ibunya.

**************

Aneesa sedang menyiapkan makan tengahari sambil ditolong oleh adik bongsunya Asha. Lincah tangannya bergerak.

"Dah siap masak ke?"
Tanya Puan Nazra pada anak-anak daranya. Penat membeli masih terasa. Jadi biarlah anak-anaknya yang memasak tengahari itu.

"Belum Ibu, ade sikit lagi yang belum siap."
Kata Asha sambil mengacau gulai ikan di atas dapur. Aneesa pula sedang menyiapkan ulam-ulaman sebagai tambahan pada santapan tengahari.

"Wawa, tadi Kak Zana ade tanye kalau kamu nak kerja ke tak. Dekat tempat dia tengah cari orang tu."
Puan Nazra memberitahu Aneesa tentang perkara yang ditanyakan oleh Zana tadi.

"Keje ape Ibu?"
Tanya Aneesa musykil. Setahu dia Kak Zana kerja sebagai 'Cleaner'. 'Ye lah tu kot' nak ajak aku jadi 'Cleaner'. Tiba-tiba dia ingin merasakan bagaimana rasanya menjadi seorang tukang cuci. Macam best...

"Tak tahu lah, petang nanti dia datang rumah."
Balas Puan Nazra sambil menolong di dapur. Tidak boleh duduk diam dia.

"Okay."
Balas gadis itu pendek.

"Asha panggil Abah dan Abang kamu makan sayang."
Pinta Ibunya.

"Baik Bu."
Pantas sahaja gadis itu melaksanakan apa yang disuruh.. Aneesa masih berkira-kira mahu ataupun tidak tawaran itu. Baginya tidak ada masalah andai dia terima tawaran itu kerana menjahit dia boleh mengatur masa. Tapi entah kenapa hati dia bagaikan memujuk-mujuk agar dia mengambil peluang itu. Apakah?..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience