Bab 2

Romance Series 2365

Tersenyum Hazim di dalam kereta melihat para remaja yang melangkah keluar dari sekolah.

"Mesti baru habis SPM"
Bicara Hazim di dalam hatinya. Tiba-tiba keluar keluhan dari bibirnya apabila mengenangkan banyak lagi kerja yang dia perlu selesaikan. Hazim berkerja di sebuah Lapangan Terbang di Kerteh.

Meluncur laju kereta honda civic. yang dibawa lelaki berusia 24 tahun itu menuju ke tempat kerjanya. Di fikirannya serabut memikirkan kerja yang menimbun dan para offshore yang akan berangkat ke platform minyak. Sudah menjadi kerjanya menguruskan mereka semua.
Sampainya Hazim di pintu pagar Airport tingkat kereta diturunkan bagi mengimbas kad keluar masuk di pagar Automatik tersebut. Palang terbuka dan lelaki tersebut meneruskan pemanduan ke tempat letak kereta. Selesai meletakkan keretanya dan memastikan keretanya berkunci, Hazim melajukan langkah untuk thumbprint risau juga jika dia terlewat. Sebagai orang yang memegang jawatan yang agak tinggi dia perlulah menunjukkan contoh yang baik.

"Selamat pagi Encik Hazim"
Sapa penyelia tukang cuci yang bertembung dengan lelaki kacak tersebut. Wanita tersebut memandang Hazim yang tergesa-gesa untuk naik ke pejabat. Seketika dia tersedar bahawa dia sudah bersuami. Beristighfar panjang wanita tersebut apabila memikirkan dosa memandang lelaki lain.

"Selamat pagi Kak Zam"
Balas Hazim pada wanita pertengahan 30 an itu. lalu melangkah ke pejabatnya.

Tersengih Kak Zam apabila Hazim membalas sapaannya. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Hazim, si kacak yang menjadi perbualan ramai. Lapangan Terbang Kerteh bukanlah besar mana pun. Namun dia bukanlah seorang mudah diajak berbual tapi dia tidaklah sombong dengan orang bawahan. Sapaan dan senyuman yang diberikan dari orang bawahan pasti akan dibalas.

"Woi, tersengih sorang-sorang apahal."
Tegur Hana pada penyelia nya yang terlihat tersengih bagai kerang busuk.

"Oww, tengok orang hensem patut pon"
Tambah Hana apabila terperasan penyebab penyelianya tersengih.

"Kak zam ingat sikit, Kak zam tu bini orang"
Tambah Hana sekadar mengusik penyelianya.

"Tahu lah, Saja je cuci mata"
Terlupa sudah Kak Zam pada istifar nya tadi.

"Nak pergi cuci mana Hana?"
Soal Kak Zam pada anak buahnya. Sambil memeriksa keadaan sekeliling untuk memastikan agar bersih.

"Nak Pergi cuci terminal lah Kak Zam dengan Fatin"
Balas Hana sambil menunggu Fatin mengambil troli mencuci untuk mengemop lantai terminal yang kotor.

"Yang lain sudah pergi buat kerja masing-masing ke"
Tanya penyelia tersebut. Pekerja kebersihan atau tukang cuci ada 11 orang termasuk dirinya. Namun bukan keseluruhan bangunan yang dicucinya. Memandangkan ada syarikat yang menggunakan tukang cuci sendiri.

"Yup, yang lain dah gerak ke tempat masing-masing.
Balas ibu anak dua tersebut.

Kelihatan Fatin membawa troli, tanpa buang masa Hana menuju pada kawannya untuk memulakan tugas. Kak Zam mengekori mereka untuk memastikan tugas yang dilakukan dengan betul. Sudah tugasnya sebagai penyelia.

Di Pejabat Hazim menghela nafas lega apabila sempat sampai di tempat kerja tepat pada masanya. Terus terlegar di otaknya kejadian yang menyebabkan dia hampir terlewat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience