Bab 11

Romance Series 2365

Aneesa bangun awal hari itu, dia pergi ke dapur untuk menolong ibunya. Laju saja langkah si jelita menuju ke destinasi tersebut.

Di dapur kedengaran ibunya sedang menyiapkan sarapan pagi. Kedengaran juga suara adiknya si Asha. Sempat dia menyapa Abahnya yang sedang ralit bermain telefon di ruang tamu.

"Umi, adik, dah siap ke?. Meh Wawa tolong pulak."
Bicara gadis itu setelah berada di dapur. Uminya sibuk mengoreng Bihun di dalam kuali, adiknya pula sedang memotong timun untuk dimakan bersama Bihun.

"Kak Wawa tolong goreng keropok boleh?. Asha nanti buat air"
Pinta gadis comel itu pada kakaknya.

"Boleh-boleh. Mane keropoknya?"
Tanya Aneesa setelah setuju dengan permintaan adiknya.

"Cuba tengok dalam kabinet atas tu"
Giliran Puan Nazra bersuara. Tangannya masih ligat mengacau bihun dalam kuali.

"Okay"
Balas Aneesa seraya menuju ke kabinet. Tangannya membuka kabinet dan mengambil keropok yang akan digoreng. Kuali diambil dan diisi minyak sebelum dipanaskan untuk mengoreng keropok.

Ketiga-tiga wanita yang berada dalam ruangan memasak itu kelihatan tekun melakukan tugas masing-masing.

************

Di meja makan yang menempatkan anak-beranak itu riuh rendah dengan bicara dari masing-masing.

"Wawa macam mana dengan kerja? okay ke."
Encik Azlan bertanyakan pada puterinya itu.

"Okay je Abah"
Balas Aneesa.

"Bila results nya keluar Wawa?"
Puan Nazra pula bertanya pada gadis itu. Dia memandang sekilas pada anaknya sebelum meneruskan suapan.

"Bulan 3 tak silap Wawa"
Aneesa masih belum jelas dengan tarikh sebenar keputusan SPM yang akan keluar.

"Amran macam mane belajar okay? ade masalah bagitahu Abah dengan Umi"
Encik Azlan bertanya pula pada putera keduanya.

"Okay Abah takde masalah buat masa ni"
Balas Amran sambil tersenyum. Amri pagi-pagi lagi sudah berangkat kerja. Memang awal putera sulong yang satu itu pergi kerja.

Asha bersiap sedia apabila dia tahu bahawa kini tiba gilirannya yang akan ditanya.

"Asha Bila keluar keputusan Pt3 nak pergi asram ke nak sekolah biasa je?"
Encik Azlan mengajukan soalan pada si bongsu. Memang begitu dia pagi-pagi. Bertanyakan keadaan anak-anaknya.

"Tak tahu lagi Abah, Kalau Asha taknak duduk asrama boleh Abah, Umi?"
Tanya Asha penuh pengharapan. Tidak mahu dia duduk asrama, dia sudah selesa duduk di sekolah biasa.

"Boleh"
Uminya menjawab. Abahnya hanya mengganguk, tidak mahu dia memaksa anak-anaknya.

Tersenyum Asha apabila permintaannya dipersetujui oleh Umi dan Abahnya.

Aneesa meminta diri untuk pergi kerja. Amran keluar untuk bertemu kawannya sementara masih cuti semester. Asha membantu Uminya berkemas.

*************

"Hai"
Tegur satu suara pada Aneesa.

"Siapa pula yang ber hai2 ni?"
Aneesa berkata dalam hati sambil memusingkan tubuhnya memandang ke arah suara yang menegurnya tadi.

Aneesa melihat di hadapannya ada seorang lelaki yang berjambang kemas dan memakai kemeja kelabu cerah yang membaluti tubuhnya yang fit itu.

"Siapa pulak ni"
Sambung Aneesa dalam hati. Tidak dia sedari bahawa lelaki ini pernah dia ketemu di pasar raya. Bahkan dia juga lupa bahawa lelaki ini yang pernah kemalangan kecil di hadapannya. Bingung dia apabila tiba-tiba ada lelaki yang menegurnya.

"Assalamualaikum"
Sebaliknya Aneesa balas dengan memberi salam. Termalu sendiri lelaki kacak di hadapannya. Aneesa memang begitu bukan seorang yang mudah tergugat atau perasan apabila ada lelaki yang menegurnya.

"waalaikumussalam"
Balas lelaki di hadapannya.

"Buat apa dekat sini? keje ke?"
Tanya lelaki itu tanpa segan silu.

"Eh dah kenape lelaki ni, macam kenal aku dah lame"
Monolog Aneesa dalam hati.

"Maaf, boleh saye tahu Encik ni siape?'
Aneesa sebaliknya memberi soalan tanpa menjawap soalan lelaki itu. Riak kecewa kelihatan pada wajah lelaki itu namun cepat-cepat disembunyikan.

"Saye Hazim, Salam kenal"
Balas lelaki itu memperkenalkan dirinya.

"Siape pulak Hazim ni?"
Aneesa cuba untuk mengingati jika dia kenal pada siapa-siapa yang bernama Hazim namun gagal.

Lelaki itu masih setia menunggu reaksi daripada Aneesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience