Bab 6

Romance Series 2365

"Makan makanan ringan banyak-banyak tak elok lah untuk kesihatan."
Laju kata-kata tersebut keluar dari mulut Hazim. Baru dia tersedar yang gadis di hadapannya adalah orang yang tidak dikenalinya. Menyumpah dia dalam hati pada diri sendiri apabila mulutnya laju menuturkan kata-kata itu tanpa berfikir panjang.

"Mesti gadis itu fikir yang aku lelaki gatal ataupun suka menyibuk."
Fikirnya dalam hati. Aduh malunya.

"Biar lah. Orang nak makan benda ni. Encik sibuk buat ape?"
Gadis itu bersuara melayan dengan nada yang keanakan. Alahai cair lah hati aku kalau macam ni. Hazim bergumam. Namun entah kenapa hari itu dia berani untuk menegur gadis asing itu.

Lelaki itu tersenyum kacak sambil menyambung kata-kata nasihat pada gadis yang suka pada makanan tidak sihat itu.

"Makan lah sayur juga, Jangan asyik makan benda tak elok je. Mak.."

"Mane Encik tahu orang tak makan sayur?"
Pintas Aneesa tanpa sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya. Kenapalah dia boleh melayan lelaki di hadapannya itu sedangkan dia tidak mengenali nya.

"Saya tak cakap awak tak makan sayur, cuma saya cakap makan sayur je"
Balas Hazim sambil tersengih apabila gadis itu menunjukkan riak wajah tidak berpuas hati.
Comelnya.

"Biarlah"
Aneesa kehabisan kata-kata. Malas mahu berdebat dengan lelaki itu. Baik dia fokus pada tujuannya. Makanan ringan!

"Tepi orang nak lalu ni."
Aneesa pamit sambil menyuruh lelaki itu memberikan laluan kerana menghalang laluannya. Malas dia berlama-lama di situ. Entah kenpa jantungnya berdegup laju. Aish hati jangan gatal, mentang-mentanglah lelaki hensem yang tegur. Aneesa tersengih miang dalam hati. Namun dia bukanlah jenis yang cepat perasan.

"Lalu lah."
Aneesa bersuara lagi apabila lelaki itu engan berganjak. Lelaki itu memberi laluan pada gadis berpakaian biasa itu. Pakai macam tu pun cantik..Hazim menganalisa figura di hadapannya. Belum puas dia berbicara dengan gadis itu. Walaupun itu hanya kebetulan yang tidak dijangka. Kalau diikutkan fikirannya yang gila mahu sahaja dia menculik gadis itu. Walaupun tidak kenal namun dia selesa. Jauh dalam hati Hazim berharap agar takdir ketemukan mereka lagi. Amiin..

"Encik, kita kenal ke?"
Tanya suara lunak itu secara tiba-tiba pada Hazim. Hazim memandang gadis itu dan tersenyum. Murah sungguh senyumannya pada malam itu. Dan itu hanya untuk gadis itu.

"Tak."
Balas Hazim sepatah.

"Kenal tak ape tak tiba-tiba je dia ni"
Gumam Aneesa pelahan. Terus berlalu Aneesa setelah menanyakan soalan itu.

Aneesa meneruskan langkah untuk mencari lagi makanan ringan yang menambat hati agar nafsu belanjanya pada malam itu terpenuhi. Laju sahaja langkahnya meninggalkan lelaki tersebut.

Tidak hilang senyuman di wajah berjambang kemas itu memandang gadis jelita berlalu pergi.

°°°°°°°°°°°
"Mane satu daun sup ni.?"
Hazim pening memilih di hadapannya. Di tangannya terdapat dua jenis daun yang sama bentuk cuma yang membezakannya hanyalah panjang daun itu. Matilah aku, macam mana ni. Hazim berdrama dalam hati.

"Yang panjang tu daun sup, yang pendek tu daun ketumbar"
Celah seseorang secara tiba-tiba. Hazim memandang pada figura yang bersuara itu. Terpaku dia sebentar memandang pemilik suara itu.

"Orang tahu orang lawa, janganlah tengok macam nak telan."
Sindir Aneesa apabila lelaki yang ditolongnya memandangnya tanpa berkelip. Malu sebenarnya dipandang begitu.

"Eh awak"
Hazim bersuara setelah tersedar setelah disindir halus gadis itu. Allah menjawab doanya untuk bertemu gadis itu.

"Jumpa lagi kite eh, jodoh ni"
Sambung Hazim lagi sambil berjenaka yang sukar ditafsirkan oleh dia sendiri.

"Banyaklah jodoh, orang kesiankan dekat Encik jew. Terkial-kial dari tadi."Semasa berjalan sekeliling di bahagian barangan basah dia melihat lelaki itu yang keresahan memilih sesuatu. Ringan sahaja kaki melangkah untuk menolong. Rupanya lelaki itu tidak tahu membezakan daun ketumbar dan daun sup. Huh lelaki.

"Kalau Encik Bau pon, Encik boleh tahu beza dua daun ni"
Sambung Aneesa sambil mengajar lelaki di sebelahnya itu untuk membezakan kedua-dua daun itu.

Hazim mengambil daun itu dan mencium keduanya.

"Betul lah, beza bau dua-dua ni"
Hazim mengiakan kata-kata Aneesa. Kagum kerana gadis itu menolongnya mengenali sayur. Ingatkan tak kenal sayur..

"Pandai awak eh pasal benda-benda macam ni, ingatkan kenal jajan je"
Kata Hazim sambil tersengih mengusik.

"Tengok orang lah"
Aneesa tidak memberi peluang untuk lelaki itu menyindirnya.

"Okaylah orang pergi dulu"
Aneesa berlalu pergi.

"Terima kasih."
Tutur Hazim sedikit kuat apabila gadis itu mula menjauh. Terselamat dia oleh gadis itu.

Aneesa hanya menganggukkan kepalanya dan berlalu.

°°°°°°°°°°°°°
Hazim memandu dengan hati yang riang memandang kan perkara yang indah-indah sahaja terjadi hari ini.

Dia juga teringatkan gadis itu yang membahaskan dirinya 'orang' sebagai ganti diri. Comelnya. Hati Hazim kegembiraan. Dia juga teringat dimana dia pernah melihat gadis itu. Sekolah, ya di depan sekolah. Masakan dia boleh lupa pada pemilik senyuman yang membuatkan dia terbabas di kaki lima.

Namun senyumannya memudar apabila teringatkan lelaki yang berbual mesra dengan sang gadis jelita itu. Kekasih diakah?

Kalau kekasih dia pun apa yang boleh buat. Dia hanyalah orang asing. Tiba-tiba lelaki itu menepuk dahinya apabila teringatkan yang dia tidak pernah terlintas untuk menanyakan nama gadis itu.

"Bodohnya aku"
Marah pada dirinya sendiri. Sampainya dia di rumah, barang yang dipesan ibunya dihulurkan pada ibunya yang sudah menunggu di ruang tamu. Ibunya hanya ditegur ala kadar memandangkan moodnya sudah ke laut.

"Kenapa dengan anak awak tu bang?"
Puan Maya bertanya pada suaminya, Encik Sazli.
Suaminya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Apalah yang terjadi pada anak bujangnya itu sampai berkelakuan seperti putus kekasih. Setahunya tidak pernah anaknya menyebut tentang buah hati padanya.

°°°°°°°°°
Hazim membasuh mukanya dan menenangkan dirinya yang tiba-tiba sahaja merasa serabut. Apa dah jadi ni, aku tak kenal pun dia. Kenape aku kena ade rasa ni. Rasa yang seharusnya ada jika hanya dia milik aku. Kenapa?

CEMBURU! ya cemburu. Tergelak sadis dia pada dirinya sendiri kerana merasa cemburu melihat gadis yang baru dia jumpa dan tanpa mengetahui nama berbicara dengan seorang lelaki. Sadis! ya dia merasakan dirinya sadis kerana berperasaan seperti itu.

Lelaki itu merebahkan dirinya diatas katil dan melelapkan mata. Dia berharap perasaan itu dapat dihapuskan dengan segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience