Bab 3

Romance Series 2365

Sedang Hazim memandu sambil melihat calon SPM yang keluar dari sekolah untuk pulang, pandangannya terarah pada empat orang gadis yang sedang rancak berbual. Kelihatan juga dua gadis dari kumpulan itu mengambil jalan yang berlainan setelah beberapa seketika.

Terlalu ralit memerhatikan mereka tiba-tiba keretanya hilang kawalan dan jatuh ke kaki lima jalan. Mujurlah kaki lima tersebut tidak terlalu tinggi. Hazim menenangkan diri seketika dan mengaturkan nafasnya yang tidak teratur. Setelah usai menenangkan diri lelaki itu membetulkan kembali kenderaannya dan berhenti di kawasan yan selamat untuk berehat seketika dari kejadian yang tidak terduga itu.

Aneesa dan Maisarah melihat kejadian tersebut hanya memerhati kerana tidak berani mereka hendak menolong orang yang tidak dikenali. Tapi selepas melihat orang tersebut tidak apa-apa mereka meneruskan kembali perjalanannya. Sempat Aneesa menjeling lelaki kacak yang berada di dalam kereta tersebut. 'Hensem' gumam Aneesa dalam hati. Namun dia hanya lihat sekilas lalu dan meneruskan perjalanan.

"Weh, takpe ke kita tak tolong orang tu"
Tanya Maisarah dengan rasa bersalah kerana tidak menolong orang tadi.

"Takpe jew. Tu dia okay je tu aku tengok."
Balas Aneesa yang menyedapkan hati sahabatnya sambil menganjaknya untuk meneruskan langkah mereka.

Setelah merasakan semua reda, Hazim meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya memandangkan waktu kerja pun sudah hampir. Tersenyum dia mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia terbabas di kaki lima jalan.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja peristiwa itu terus berlegar-legar di mindanya. 'Alahai Hazim dah kenapa dengan kau ni' gumam hatinya yang bagaikan keresahan. Pandangannya terus fokus di jalan agar kejadian seperti tadi tidak berulang. Sampainya di tempat kerja tergesa-gesa dia menuju ke pejabatnya. Sapaan dari pekerja lain tidak lupa dibalas. 'Nasib sempat sampai' bicara hatinya.

Aneesa melambaikan tangan pada Maisarah yang menuju ke dalam rumahnya. Rumah Aneesa hanya selang dua buah rumah dari Maisarah. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian tadi. Rasa bersalah namun dia juga harus memikirkan keselamatan mereka.

"Hensem juga orang tadi."
Bicara Aneesa sendirian. Tersengih miang dia bila teringatkan lelaki tadi. Cepat-cepat dia menyedarkan diri dengan menampar kecil wajahnya.

"Jangan gatal Aneesa. Baru je habis SPM"
Bicaranya lagi sambil tersenyum geli hati dengan gelagat sendiri.

Sampainya dia di rumah, salam diberi dan langkah dituju ke dalam rumah. Puan Nazra yang sedang mengemas halaman rumah disalaminya.

"Macam mana periksa okay?"
Soal Puan Nazra pada anak daranya yang baru pulang itu.

"Okay je ibu. Tapi tak tahu lah nanti keputusan macam mana."
Balas Aneesa sambil tersengih menunjukkan giginya.

"Insyaallah boleh. Ibu yakin dengan anak ibu. Pergi lah masuk mandi, makanan ibu dah siapkan atas meja tu. Ajak yang lain makan sekali."
Pujuk Puan Nazra pada anaknya sambil menyuruh anaknya itu memanggil ahli keluarga yang lain untuk turun makan.

"Baik ibu"
Turut Aneesa sambil melangkah ke dalam rumah. Puan Nazra juga menyudahkan kerjanya dan membuntuti langkah anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience