Bab 4

Romance Series 2365

Senyum dan tawa, ya itulah penyebab Hazim hilang kendalian kenderaannya. Mujurlah tidak berlaku apa-apa yang serius. Senyum dan tawa gadis yang cantik jelita itu kembali bermain di fikirannya. Tanpa sedar wajah kacak berjambang kemas itu mengukirkan senyuman manis.

"Hish, kau ni Hazim. Budak lagi tu"
Gumam lelaki itu di dalam hati. Rambutnya diusap lembut bagi menyedarkan dirinya yang tertarik pada remaja sekolah itu.
Terasa juga malunya apabila gadis tersebut memandang kearahnya yang jatuh di kaki lima jalan.

"Tapi tak salah kot, Dia kan dah habis SPM"
Dia membuat andaian memandangkan pelajar biasanya sudah memulakan cuti akhir tahun pada akhir bulan November.

"Tapi itu tak ubah kenyataan yang gadis tu budak lagi"
Kata-kata hatinya masih berbicara mengenai perkara tersebut. Malas memeningkan kepala dengan hal tersebut. Komputer di hadapan dipandang serius dan jari-jemari nya pantas menaip bagi menyiapkan kerja yang tertangguh.

^^^^^^^^^^

Malam hari tiba-tiba membuatkan Aneesa terasa lapar. Perutnya teringin untuk memakan makanan ringan. Tudung saut hitam dicapai dan dipakai, dilihat dirinya dalam cermin, berseluar trek hitam berbaju lengan panjang berwarna biru tua. Ringkas namun nampak cantik di badannya yang berpotongan model itu.

"Pakai macam ni pun lawa aku ni."
Puji gadis tersebut, angkat bakul sendiri. Tersengih dia apabila kata-kata tersebut dituturkan. Langkah diatur ke dapur bagi meminta izin ibu bapanya untuk keluar beli makanan ringan.

^^^^^^^^^^^^
"Umi, Abah. Nak pergi Kedai runcit jap boleh. Nak beli makanan sikit"
Pinta Aneesa dengan lembut pada Umi dan Abahnya.

""Pergilah. Bawak motor tu elok-elok. Jangan laju"
Izin Abahnya. Encik Azlan memberi keizinan pada puterinya itu memandang kan malam masih muda dan tidak larut malam.

"Tolong belikan Umi roti keping. Boleh buat 'Sandwich' pagi esok buat sarapan.
Puan Nazra meminta pada anak gadisnya itu. Terbayang di benak fikirannya untuk membuat menu itu pada pagi esok. Mudah dan cepat.

"Baik Umi"
Balas Aneesa sambil menuju ke motosikal Yamaha ego S.

Melewati ruang tamu dia sempat bertanya pada adik beradik nya yang lain sama ada mahu dikirim apa-apa. Aneesa anak keempat yang berusia 17 tahun. Manakala yang sulong adalah kembar, Amri dan Aina yang kedua Amran dan yang bongsu Asha. Masing-masing berusia 23 tahun, 21 tahun dan 15tahun. Hanya Aina yang sudah berkahwin dan menetap di rumah suaminya.

Masing-masing hanya menggelengkan kepala apabila Aneesa bertanyakan sama ada mahu minitipkan pesan. Manakan tidak padahal baru sahaja mereka semua selesai makan malam. Memang tabiat Aneesaa yang gemarkan makanan ringan. Kebiasaannya disimpan stok makanan tidak berfaedah itu. Namun sudah dua hari stoknya habis memandangkan dia sibuk dengan persediaan SPM.

Motorsikalnya dihidupkan dan laju sahaja kenderaan itu menuju ke destinasi tuannya.

Semasa menunggang motosikal, Hati Aneesa berasa berdebar-debar. Bukan firasat buruk yang dirasakan namun entahlah. Perasaan itu Aneesa biarkan sahaja. Hatinya mengatakan itu hanya mainan perasaan sahaja. Motornya dibawa laju agar cepat sampai ke kedai runcit.

^^^^^^^^^^^
Hazim meletakkan keretanya berdekatan kedai runcit. Keretanya dimatikan dan kakinya melangkah keluar menuju ke dalam kedai runcit. Dalam otaknya ligat mengingatkan barang yang hendak dibelinya. Sering sahaja dia terlupa barang yang hendak dibeli apabila matanya dirambangkan apabila sampai di dalam kedai tersebut. Kedai runcit yang disebut bukanlah kedai runcit sebenarnya ianya adalah mini market yang boleh dikatakan agak lengkap dari barang basah dan kering.

Laju dan ligat sahaja langkah lelaki berusia 24 tahun itu melangkah. Matanya sempat memandang pada tanda nama mini market tersebut 'L mart'. L mart merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan penduduk Kerteh untuk berbelanja selain MesraMall. Memandangkan barang yang hendak dicari Hazim ada di 'L mart' jadi dia ke situ sahaja.

Tangannya tiba-tiba memegang dadanya yang terasa berdebar tanpa sebab. Hazim pejam mata dan terus fokus pada perjalanannya tanpa mempedulikan perasaan aneh itu.

Apakah yang akan terjadi pada malam ini. Sukakah atau duka?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience