Bab 12

Romance Series 2365

Hazim memerhatikan sahaja figura cantik yang berada di hadapannya tanpa berkelip. Mahu dia potretkan wajah si jelita itu dalam mindanya agar tidak hilang. Cewah mengada kau ye...

Saja dia menegur gadis itu agar dia dapat memulakan langkah untuk mengambil hatinya. Namun agak hampa dia rasakan apabila gadis itu langsung tidak ingat padanya. Sedangkan mereka sudah bertemu sebelum ini.

"Kita pernah jumpa dekat pasaraya sebelum ni, ingat tak?"
Hazim menjelaskan pada gadis itu.

Aneesa masih gagal mengingati lelaki itu. Berkerut dahi Aneesa apabila cuba mengingati sekiranya pernah bertemu lelaki itu. Sudahnya dia hanya menggelengkan kepalanya.

Keluhan keluar dari mulut Hazim apabila gadis itu gagal mengingati momen pertemuan mereka.

"Alah yang awak tolong saya pilih daun sup tu, ingat tak. Cuba awak ingat betul-betul. Saya punyalah handsome takkan dah lupa kot"
Hazim seakan mendesak agar gadis itu mengingati dia bagaikan orang yang terdesak. Tidak lupa diselitkan kata pujian untuk diri sendiri.

Aneesa memandang lelaki kacak dihapannya dengan pandangan kosong. Tidak dia alihkan pandangannya pada lelaki itu dengan harapan ingatan lama kembali. Dalam masa yang sama menyampah dia rasakan apabila lelaki itu memuji diri sendiri walaupun lelaki itu berkata benar. Memang handsome pun.

Ting!!!!!
Membulat mulut Aneesa apabila ingat yang lelaki hadapannya pernah membebel padanya tentang makanan ringan. Keciknya dunia. Jumpa pulak dekat sini.

"Owwww, Encik kan yang membebel pasal makanan ringan dekat saya haritu kan?"
Jelas Aneesa apabila mula mengingati insiden itu..

"Ha saya lah tu"
Nada gembira keluar daripada kerongkong jejaka itu apabila gadis itu masih ingat insiden itu.

"Owww, Encik buat apa dekat sini?"
Soal Aneesa pada Hazim. Panasaran dibuatnya.

"Saya keje kat sini. Awak tak jawab lagi soalan saya, awak buat aoa dekat sini. Keje jugak ke?
Hazim menyoal kembali soalan yang tidak terjawab tadi.

"Ha ah, saya keje kat sini. Jadi cleaner"
Soalan Hazim dijawab tanpa selindung. Buat apa nak malu nak cari rezeki kan.

"Oww, baru lagi ke?"
Agak kagum Hazim di situ apabila gadis itu langsung tidak berselindung tentang pekerjaanya. Kebanyakkan orang pasti akan menyembunyikan kenyataan bahawa mereka melakukan kerja itu. Tapi tidak gadis itu. Wah, ade ciri-ciri isteri solehah ni. Hazim sudah melalut di dalam hati.

"Ye baru lagi"
Aneesa mula berasa kurang selesa apabila lelaki itu tidak menunjukkan reaksi mahu menamatkan perbualan itu. Aduh lama lagi ke dia nak sembang ni. Aneesa mengeluh dalam hati, takut lelaki itu terasa jika dia mengeluh dihadapannya.

"Eh Encik, saya dah lewat nak punchcard ni. Saya pergi dulu ya"
Aneesa sengaja menggunakan nada seperti tergesa agar dapat melepaskan diri. Terus dia melangkah tanpa menunggu lelaki itu berkata-kata.

"Eh, errr"
Hazim tergagap-gagap untuk mengeluarkan suara apabila melihat gadis itu pergi dengan tergesa-gesa. Belum puas
rasanya berbual dengan gadis itu.

Pukkk!!!
Hazim menepuk dahinya apabila lupa untuk menanyakan nama gadis itu untuk kedua kalinya.

Pukkk!!!
Tepukkan kedua di dahinya apabila dia sedar yang dia juga terlewat untuk ke pejabat. Laju saja kakinya melangkah. Tanpa sedar mulutnya mengukir senyuman sepanjang perjalanannya ke pajabat.

**********

Aneesa memulakan tugas pagi itu dengan pasangan kerjanya, Kak Zana. Sedang leka dia menyapu tiba-tiba...

Bukkkk!!!!

"Aduhh"
Aneesa mengaduh apabila dia terjatuh terlanggar sesuatu.

"Sori sori, awak tak apa-apa ke?"
Satu suara berbunyi. Tangan dihulur pada gadis itu.

Aneesa yang kebingungan kerana jatuh tanpa berfikir panjang menyambut huluran tangan itu tanpa melihat pemiliknya.

Aneesa memandang pada pemilik tangan itu untuk berterima kasih. Terpapar wajah lelaki berkulit sawo matang di hadapannya. Woww, boleh tahan mamat ni. Gumam Aneesa dalam hati.

Lelaki itu memandang wajah cantik Aneesa dengan pandangan penuh minat.

"Terima kasih"
Aneesa memulakan bicara.

"Eh takpe2, salah saye jugak sebab jalan tak tegok kiri kanan"
Lelaki itu menjelaskan situasi.

"Saya Amir"
Lelaki itu memperkenalkan diri tanpa dipinta.

"Ouhh, saye Wawa"
Aneesa membalas ringkas.

"Takpelah saye pegi dulu, ade keje lain pulak"
Aneesa meminta diri..Kak Zana sudah mengamit dirinya untuk ke destinasi seterusnya.

Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya.

Tanpa mereka sedari adegan itu dilihat si pemuja dari tingkat atas dengan perasaan yang bercampur baur.

"Cis, ade pesaing baru nampaknye. Haishh"
Lelaki itu berbicara sendiri. Tidak dia senang dengan pandangan yang diberikan lelaki itu pada si gadis.

Takpe jangan mengalah lagi. Perjuangan baru bermula. Hazim menyedapkan hatinya

°°°°°°°°°°°°
Amir masih terbayangkan gadis jelita yang tidak sengaja dia langgar.

Terpaku dia melihat gadis itu. Cantik, manis dengan badan berukuran model. Sangat sempurna pada mata lelakinya.

Sudah ade orang punye ke??
Bicara hati Amir

Takpe kita cuba dulu, tak cuba tak tahu kan.hahahah?
Monolog Amir dalam hati.

"Wawa"
Amir menyebut sebaris nama itu dengan satu azam yang baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience