Bab 8

Romance Series 2365

Sedang Aneesa Najwa berehat di beranda bersama Amran dan Asha kelihatan sebuah motosikal memasuki pekarangan rumah mereka.

"Assalamualaikum"
Salam diberikan oleh tetamu tadi. Sepupu mereka rupanya, Kak Zana.

"Waalaikumussalam"
Jawab manusia yang berada di beranda itu.

"Kak Zana, naiklah."
Pelawa Asha pada sepupunya itu. Asha gadis yang baru sahaja menamatkan PT3. Beberapa minggu lagi keputusan akan keluar. Tidak sabar rasanya. Peramah budaknya si Asha ni, semua yang boleh dibuat kawan dia akan beramah mesra.

Zana melangkah naik ke beranda dan duduk di kerusi yang kosong. Berehat sebelum memulakan bicara tentang tujuannya. Penat dan panas. Dia baru sahaja pulang dari bekerja dan terus ke rumah bapa saudaranya untuk bertanyakan Aneesa tentang hasratnya.

"Baru balik keje ke Kak zana"
Tanya Amran. Asha sudah masuk kedapur untuk mengambil air buat sepupunya itu.

"Ye, baru balik ni. Mane Amri?"
Tanya Zana setelah kelibat sepupu lelakinya yang lagi seorang tidak kelihatan. Setahunya hanya Aina yang tiada di rumah itu kerana duduk bersama suaminya.

"Along keje"
Ringkas Aneesa menjawab. Tertunggu-tunggu juga dia pada bicara Zana yang pasti tentang tawaran kerja yang diberitahu oleh ibunya.

"Ni Kakna nak tanya Wawa, nak keje tak?"
Terus Zana bertanya pada sepupunya yang cantik itu. Namun dia tidaklah terlalu berharap kerana mungkin gadis cantik itu tidak berminat. Iyalah cantik kan, takkan lah nak kerja macam itu. Fikir-fikir Zana. Namun masih mencuba bertanya, mana tahu sepupunya berminat.

Lama gadis cantik itu berfikir. Amran hanya melihat sahaja malas dia mahu masuk campur. Dia sendiri masih belajar. Dia mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA). Sudah semester 5 dia. Sibuk dia dengan projek akhir yang akan dibentangkan. Oh ya, dia berulang alik dari rumahnya ke tempat belajar kerana baginya Dungun tidaklah terlalu jauh. Dia suka begitu.

Zana menantikan keputusan Aneesa yang berfikir panjang itu. Apalah agaknya keputusan gadis itu.

"Gaji berape Kak Zana? Cuti bile?"
Respon gadis itu setelah lama berfikir.

"Gaji 1200, keje ade 3 shift, pukul 6.40a.m-3.00p.m/8.00a.m-5p.m/10.00a.m-7.00p.m. Cuti boleh pilih jumaat atau sabtu."
Lengkap Zana memberitahu Aneesa.

"Boleh lah Kak Zana. Bile start?"
Entah kenapa lancar sahaja mulutnya bersetuju. Ingin dia rasakan jadi tukang cuci, selama ini dia hanya memerhati sahaja.

"Esok boleh"
Laju Zana membalas. Tangannya laju mengambil telefon dalam begnya dan Wasap penyelianya dicari untuk dikhabarkan berita itu. Amboi kau Zana, tak menyempat.

Gadis itu hanya menggangukkan kepala. Tiba-tiba berasa tidak sabar untuk menjalani kehidupan sebagai seorang 'cleaner'. Dramanya kau Aneesa Najwa. Tersenggih dia.

"Esok Kak Zana datang rumah pukul 7 lebih, Kak Zana bawak Wawa dulu."
Arah Zana pada Aneesa tidak mahu gadis itu tersesat.

Kelihatan Asha membawa keluar air dan kuih untuk Zana dan orang-orang yang berada di beranda itu.

"Minum Kak Zana."
Pelawa gadis itu.

"Susah-susah je Asha ni"
Segan Zana. Tangannya mencapai cawan yang dihulur oleh Asha. Air laici sejuk itu diteguk pelahan.

Mereka sambung bersembang setelah semua bicara selesai. Macam-macam yang disembangkan

°°°°°°°°°°°
Dalam sebuah pejabat seorang lelaki mengusap jambangnya sambil memerhatikan komputer di hadapannya. Kerja yang dilakukan diperhatikan dengan teliti agar tiada kesalahan yang dilakukan.

Ketukan di pintu mengejutkan jejaka itu. Pintu pejabatnya terbuka dan terjengul kepala sahabatnya.

"Keje2 jugak, dah pukul berapa ni. Taknak balik ke. Esok boleh sambung lagikan?"
Jefri memerli sahabatnya itu. Dia kalau buat kerja memang fokus sampai tak sedar masa yang berlalu. Itulah sahabatnya, padahal bukannya kerja yang memerlukan tindakan segera.

Hazim hanya tersenyum mendengar bebelan sahabatnya itu.

"Yelah, dah siap pon kerja ni"
Bicaranya sambil mengemaskan mejanya dan menutup komputer setelah kerjanya disimpan.
Sahabatnya menunggu dirinya untuk pulang bersama, padahal mereka datang dengan kereta masing-masing, bukannya datang sekali. Itulah sahabatnya yang selalu menunggunya. Beruntung aku...

Tiba-tiba dia berasa jantungnya berdegup laju.

"Haish kenape ni, takkan aku ade sakit jantung kot."
Hazim bermonolog dalam hati. Setahunya dia memang bebas penyakit. Kena pergi 'check up'
lah masa cuti nanti. Tiba-tiba bimbang jika dia ada penyakit. Macam-macam...

"Kau kenape sakit ke?"
Tanya Jefri apabila dia melihat kawannya memegang dada.

"Takdelah, terharu sebab kau selalu tunggu aku"
Gurau lelaki itu kerana tidak mahu sahabatnya merasa bimbang tentang dirinya. Senyuman manja diberikan bagi menyakat Jefri. Hahahaha.

"Yakkk, mung jange mace2, sekeh palo kei"
Terkeluar loghat Kelantan Jefri apabila sahabatnya bertingkah begitu. Buang tabiatkah Sahabatnya itu. Ewww

Ketawa Hazim mendengar sahabatnya mengeluarkan loghat Kelantan.

"Gurau jelah"
Klarifikasi Hazim. Ketawa besar kedua-dua sahabat itu.

Laju sahaja kaki mereka melangkah pulang. Sempat bersembang pelbagai topik semasa berjalan menuju ke kereta masing-masing.

Hazim masih bertanya-tanya kenapa jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Namun dia cepat-cepat memberi fokus pada perjalanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience