Bab 5

Romance Series 2365

Aneesa menongkat motornya dan tanpa lengah kakinya menuju ke dalam 'L mart'. Tersenyum girang dia membayangkan makanan ringan yang akan dibeli. Pelbagai jenis yang berada di benaknya ketika itu. Bakul yang bertayar diambil agar senang untuk mengisi barang yang dibeli.

Memang tabiat Aneesa apabila pergi berbelanja di mini market tersebut dia akan pusing keseluruhan bangunan sederhana besar tersebut. Entah kenapa dia senang apabila dapat berbuat sedemikian. Matanya akan melilau melihat barang yang dijual disitu.

Kecantikan Aneesa menyebabkan beberapa jejaka dan gadis memandang beberapa kali ke arahnya. Berwajah cantik dan berketinggian 170cm memang membuat Aneesa menjadi sorotan orang ramai. Namun Aneesa hanya buat tidak endah dengan pandangan tersebut asalkan perkara tersebut tidak memudaratkannya sudahlah.

^^^^^^^^^^^^
"Wawa!!"
Tegur seseorang yang dikenali Aneesa. Makcik Salwa, jiran selang beberapa buah rumah dari rumahnya.

"Makcik Wa. Beli apa kat sini?"
Balas si jelita sambil mengajukan soalan.

""Ni beli barang dapur sikit. Wa start jahit tak lagi. Kalau dah start, Makcik ingat nak hantar kain buat baju kurung dua pasang."
Jawab sambil menanyakan gadis tersebut sama ada sudah mengambil tempahan menjahit baju. Sudah niatnya hendak tempah dengan Aneesa, Tapi gadis tersebut berhenti menjahit sekejap kerana hendak fokus pada peperiksaan. Dia memang suka tempat jahit baju pada gadis itu kerana kerjanya yang sangat teliti.

"Boleh dah kalau nak hantar kain ni. Wawa pun dah habis periksa."
Balas Aneesa memberi lampu hijau pada Makcik Salwa. Terharu sebenarnya kerana wanita separuh abab itu memang sentiasa menggunakan khidmatnya. Aneesa mula menjahit pada umur 13 tahun dan semuanya diwarisi dari neneknya yang pandai menjahit. Namun dia hanya mengambil tempahan secara serius pada umur 15 tahun. Dan sehingga kini perkara tersebut masih dilakukan.

"Okay, esok Makcik hantar kain"
Tutur Makcik Salwa sambil meminta diri untuk membayar barang yang dibeli memandangkan kesemua barang yang dikehendaki sudah dibeli.

^^^^^^^^^^^^^^^^
Sampai sahaja di bahagian yang menjual makanan ringan, tersengih sampai ke telinga Aneesa sambil matanya melilau mencari makanan ringan kesukaannya.

Jajan 'Super ring' diambil dua diletakkan dalam bakulnya. Jajan kacang hijau diambil, Mamee Monster, Apollo dan banyak lagi dicapai gadis itu.
Nafsunya belum masih puas untuk membeli setelah mengambil beberapa makanan ringan tersebut. Matanya masih melilau melihat makanan lain yang berjaya menambat mata dan nafsunya.

Dia juga mencapai beberapa makanan ringan yang lain untuk adik beradiknya di rumah. Aneesa memang selalu akan membeli pada adik beradiknya. Tidak pernah dia lupa untuk membelikan pada adik beradiknya di rumah jika dia keluar untuk membeli makanan.

Aneesa masih belum berganjak dari ruangan makanan ringan itu. Kakinya bagaikan digam kemas pada ruangan makanan tersebut.

"Makan makanan ringan banyak-banyak tak elok lah untuk kesihatan."
Tegur suatu suara asing pada Aneesa. Terkejut beruk gadis jelita itu. Manakan tidak dia masih tekun memandang rak yang dipenuhi makanan tersebut tiba-tiba sahaja ditegur.

Aneesa memandang suara yang menegurnya.
Namun otaknya gagal menganalisa siapa yang menegurnya. Gadis itu hanya memandang lelaki kacak yang berjambang kemas di hadapannya menantikan percerahan dari lelaki tersebut.

Lelaki tersebut mengetuk perlahan kepalanya sendiri kerana keterlanjuran kata-kata. Aneesa yang melihat masih menantikan reaksi lelaki tersebut.

"Dia kenal aku kot"
Gumam Aneesa dalam hati.

^^^^^^^^^^^^^^
Aneesa beratur di kaunter setelah puas berbelanja. Penuh bakul dengan barangan yang dibeli oleh gadis itu. Sudah tentu 90% daripadanya adalah makanan ringan. Tidak lupa juga pada roti yang dipesan Puan Nazra.

Usai pembayaran Aneesa melangkah menuju ke motornya. Dalam perjalanan dia ditegur seseorang yang dikenali. Abang Faizul. Lelaki manis yang sekampung dengannya. Faizul antara lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis di kampungnya. Berambut hitam kemas, pandai bergaya, tinggi lampai, berkulit sawo matang memang sempurna bagi gadis-gadis di kampungnya. Ditambah pula Faizul merupakan seorang yang sangat baik memang menantu pilihan orang tua.

"Banyak memborong Wawa"
Tegur Faizul. Gadis di hadapanya dipandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Stok makanan Bang Zul. Nanti tak payah keluar banyak kali."
Terang gadis itu sambil tersenyum manis. Nasiblah barang yang dibeli masih muat untuk dibawa dengan motor egonya. Lupa sudah yang dia datang dengan motor. Menyumpah juga Aneesa dalam hati dengan ketidakpekaan sendiri.

"Wawa balik dulu bang. Lewat-lewat nanti Umi dan Abah risau pula."
Pamit Aneesa sambil menghidupkan motornya untuk pulang. Bimbang dimarahi ibu bapanya jika terlalu lewat pulang ke rumah.

"Ha yelah. Bawak motor tu elok-elok jangan laju-laju."
Pesan Faizul pada gadis itu.

Aneesa hanya menunjukkan tanda 'okay' dengan jarinya sebelum meluncur laju pulang ke rumah. Menggeleng kepala Faizul apabila pesannya tidak diendahkan oleh gadis itu. Pemergian gadis itu dihantar dengan pandangan matanya hingga kelibat gadis itu hilang ditelan larut malam. Tersengih lelaki itu apabila teringatkan gelagat gadis jelita itu. Teringin saja dia menjadikan Aneesa kekasihnya namun dia memendamkan perasaan itu apabila gadis tersebut tidak menunjukkan sebarang minat dalam hal-hal tersebut.

Langkahnya dituju ke dalam mini market untuk membeli barangan yang dipesan ibunya.

Dari kejauhan kelihatan sepasang mata yang memerhatikan adegan itu.

"Kekasih dia ke tu?"
Tanya Hazim pada dirinya sendiri setelah melihat pasangan terbabit yang berbual agak mesra.

"Yang kau sibuk kenapa. Dia bukan kekasih kau pun"
Tegur Hazim dalam hati buat dirinya sendiri. Nafas panjang ditarik agar perasaan yang berkecamuk dapat ditenangkan. Kenapa pula aku kena ada perasaan macam ni?. Fikir Hazim. Kereta dihidupkan dan digerakkan untuk pulang ke rumah memandang urusannya sudah selesai.

Malam tersebut berlalu dengan pelbagai emosi dan bagaimanakah dengan hari-hari yang mendatang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience