Bab 1

Romance Series 2365

SPM baru sahaja melabuhkan tirai membuatkan para pelajar tingkatan 5 menghembuskan nafas lega. Jelas terpancar riak wajah kelegaan masing-masing apabila melangkah keluar dari dewan peperiksaan.

Seorang gadis meraupkan wajahnya tanda kesyukuran kerana dapat menyelesaikan kertas peperiksaan yang terakhir. Di benak fikirannya ligat memikirkan perkara yang akan dilakukan sementara menunggu keputusan SPM.

"Weh, kau nak buat apa lepas ni".?
Tanya Maisara kepada Aneesa. Jelas terpancar kegembiraan di wajah gadis manis tersebut semasa menanyakan soalan tersebut pada Aneesa.

"Tak tahu lah. Kau nak buat apa je lepas ni?"
Aneesa menyoal Maisarah kembali. Dia sendiri masih keliru apa yang akan dilakukan selepas ini.

"Aku ingat nak cari kerja dulu. Sambil-sambil tu mohon lah mana-mana tempat nak belajar.
Balas Maisarah. Aneesa memikirkan perancangan sahabat baiknya Maisarah. Perkara tersebut menarik perhatiannya.

Sedang Aneesa berfikir, terdengar laungan dari jauh yang memanggilnya dan Maisarah.

Di pagar sekolah kelihatan dua lagi sahabat baiknya, Aira dan Safiya sedang menunggu nya dan Maisarah.

"Woi, cepatlah. korang buat apa lagi tercegat kat situ. Beruban dah aku tunggu kat sini."
Bebel si mulut becok Aira. Safiya hanya tersenyum sambil menggeleng kepalanya melihat teletah para sahabatnya.

Aneesa dan Maisara melangkah menuju kepada kawan mereka. Empat sekawan tersebut berjalan seiringan untuk pulang ke rumah.

"Korang nak buat apa lepas ni"
Soalan yang sama Maisarah kemukakan kalini pada Aira dan Safiya.

"Aku tolong emak aku jual nasi lemak lah apa lagi"
Balas Safiya gadis berkulit sawo matang.

"Aku pulak kena pergi Selangor"
Aira pula bersuara.

"Buat apa kat Selangor"
Tanya Aneesa pada sahabatnya itu.

"Aku tolong kakak aku kat kedai bunga dia lah"
Jawab Aira sambil ligat fikirannya mengingatkan kakaknya Alia yang meminta untuk membantunya di kedai bunga yang diusahakan di Selangor.

"Korang pula?"
Soal Aira kembali pada Aneesa dan Maisarah.

"Aku nak kerja"
Maisarah menjawab pantas.

"Hurmm. Ntah lah. Aku ingat nak rehat je dulu. Yang lain nanti lah aku fikir. Letih SPM tak hilang lagi ni."
Jawab Aneesa sambil tersengih menunjukkan giginya yang putih tersusun rapi.

"Arhhhh, happynya SPM dah habis. Tak sabar nak rehat puas-puas."
luah Aira yang merancang untuk berehat sebelum dia kena membantu kakaknya nanti.

Tersenyum sahabat yang lain dengan terletah Aira. Safiya meminta diri terlebih dahulu kerana dia akan mengambil jalan yang berlainan dengan mereka. Begitu juga dengan Aira.

Aneesa dan Maisarah masih berjalan pulang bersama kerana rumah mereka berdekatan. Masing-masing melambaikan tangan dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience