BAB 8

Drama Completed 2968

“Saya fikirkan awak berdua akan menyebelahi saya! Kawan baik awak berdua sendiri. Tapi sangkaan saya meleset!” Zainab memarahi dua orang rakan karibnya itu. Mereka berdua serentak menggeleng kepala.

“Dengar dahulu nasihat…” belum sempat Hanan menghabiskan ayatnya, Zainab sudah menyampuk. “Saya pergi dahulu, ada urusan dengan Cikgu Zaiton,” Zainab segera beredar dari kantin meninggalkan Hanan dan Amni dalam keadaan terpinga-pinga.

“Merajuklah itu! Dia memang tidak boleh ditegur, mahu melenting.” Ujar Amni sambil mendengus marah. Amni memang terkenal dengan sifat panas barannya.

“Sabarlah. Dia memang begitu. Manusia tidak boleh dipaksa untuk buat sesuatu yang mereka tidak suka. Lagi pula, sejarah mencatatkan pengalaman hitam dalam hidupnya. Memang mengambilkan masa untuk dia menerima orang baru dalam hidupnya.” Nasihat Hanan apabila dilihatnya Amni sudah mahu hilang sabar. Amni menghadiahkan Hanan senyuman hambar.

Selangkah sahaja Zainab menapak ke dalam rumahnya, hatinya telah disimbah api kemarahan. Matanya menfokus pada satu sudut yang balang yang berisi ikan emasnya selalu diletakkan. Memang menjadi kebiasaan Zainab untuk melihat ikan emasnya selepas pulang dari sekolah.

“Mak Nab, mana ikan emas Zainab?” dia menyoal pembantu rumahnya yang sedang mengemas majalah-majalah yang ada di atas meja. “Entahlah, cuba tanya Mischa. Tadi dia tolong Mak Nab mengemas ruang tamu selepas pulang dari sekolah.”

“Tolong Mak Nab? Itukah kerja dia? Ibu hantar dia ke sekolah untuk belajar. Nanti mengadu pada orang yang kita mendera dia membuat kerja rumah pula. Mischa!” pekik Zainab kegeraman. Kali ini, perasaan amarahnya sudah tidak boleh dibendung lagi. Mak Nab tercengang melihat perilaku Zainab. Selama ini dia tidak pernah menjerkah sesiapa apa lagi meninggikan suara.

Dari tangga, kelihatan sepasang kaki yang sedang menapak perlahan. Mischa berjalan menuju ke arah Zainab. Wajahnya ditundukkan memandang lantai, tidak berani rasanya mahu memandang anak mata Zainab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience