BAB 1

Drama Completed 2968

Matanya masih meliar memerhatikan keadaan sekeliling, kakinya bagai enggan melangkah walau seganjak pun.

“Ayuhlah lekas keluar. Tak elok kita biarkan tetamu menunggu lama.”

Kedengaran samar-samar suara seorang wanita memecah jeda yang mengepung suasana. Perlahan-lahan beg sandang berwarna hitam yang digalas itu diletak di atas lantai. Senyuman diukir, ikhlas. Beberapa saat kemudian, kelihatan susuk tubuh seorang wanita diikuti seorang gadis berbaju biru berjalan menuju kearahnya.

“Maaf ya kerana buat Mischa menunggu lama.” Ujar wanita itu ramah. “Tidak mengapa mak cik.” Gadis itu mengukir senyuman sambil matanya teracap memandang seorang gadis yang berbaju biru di hadapannya. Tangan kecilnya dihulur tanda ingin mengikat tali perkenalan dengan gadis yang kelihatannya lebih tua darinya. Namun, gadis itu hanya memandang sepi huluran tangan Mischa, seperti tidak mahu mencemar duli menyambut huluran tangan orang yang tidak dikenalinya.

“Zainab, kenapa tak salam Mischa?” Puan Zawiyah sedikit berang dengan sikap anak gadisnya itu. Nak tak nak akhirnya gadis itu akur dan mengalah, tangannya dihulur pantas, hanya hujung jarinya sahaja menyentuh tapak tangan Mischa. Jelas menunjukkan bahawa dia tidak ikhlas. Puan Zawiyah mendengus kecil.

“Perkenalkan Ini anak mak cik, Zainab. Buat sementara ini, Mischa duduk di bilik kak Zainab ya. Bilik Mischa belum siap dikemas lagi.” Ujar Puan Zawiyah sambil matanya memandang Zainab yang sudah masam mencuka wajahnya.

“Kenapa harus bilik Zainab? Duduk sahajalah di bilik tetamu. Zainab tidak suka orang asing ada dalam bilik Zainab, nanti habis barang berharga Zainab dicurinya. Kita tidak boleh mudah percaya pada orang luar ibu.” Tangannya disilang tanda protes dengan keputusan ibunya sebentar tadi.

“Kenapa Zainab fikir begitu? Ibu tidak pernah mengajar anak ibu untuk berprasangka buruk terhadap orang lain. Orang asing? Mischa juga adik Zainab. Kenapa harus berperilaku begini?” kesabarannya sedikit tercabar dengan kata-kata pedas yang meluncur keluar dari mulut anak perempuannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience