BAB 11

Drama Completed 2968

“Tapi kenapa hanya along yang tahu akan perkara ini?” soal Zainab. “Kerana ibu rasa ini bukan masanya untuk ibu beritahu perkara yang sebenar kepada kamu. Tapi ibu terpaksa kerana sikap kamu yang terlalu membencikan Mischa.

Zainab mula sebak. Dirinya dihurung rasa bersalah. Selama ini, dia yang bersalah bukan Mischa. Bukan anak kecil itu. Air matanya mengalir deras tanpa henti. Puan Zawiyah kemudiannya merangkul Zainab lalu menenangkan dia.

“Sekarang kamu sudah tahu mengapa ibu selalu menasihati kamu.” Rashidah sebak melihat drama air mata itu. Mereka bertiga tengelam dalam perasaan masing-masing.

“Hai Mischa!” ujar Zainab ketika dia tiba di meja makan itu. Puan Zawiyah dan Rashidah hanya tersenyum memandang Zainab. Mischa mengerutkan keningnya tanda pelik.

“Hai Kak Zainab …” Mischa masih berada dalam keadaan serba salah.

“Kenapa Mischa nampak takut? Muka kak Zainab ada seperti hantukah?”

“Eh, tidak…”

“Kak Zainab mahu minta maaf dengan Mischa kerana melayan Mischa dengan teruk selama ini. Kak Zainab tidak sepatutnya melayan Mischa begitu. Kak Zainab sepatutnya melindungi Mischa bukan membuli Mischa. Maaf ya!”

Mischa mengukir senyuman ikhlas yang lahir dari lubuk hati yang tulus. “Mischa maafkan Kak Zainab. Mischa juga mahu minta maaf jika Mischa ada buat salah dengan Kak Zainab selama ini.”

Zainab merangkul bahu Mischa. Mereka berdua ketawa riang. Puan Zawiyah, Rashidah dan Mak Nab tersenyum melihat kejadian itu. Mereka melahirkan rasa syukur yang tidak terkira kerana Zainab akhirnya sudah sedar akan kesalahannya.

“Abah, Mak Cik Maznah, andai Zainab tahu tentang perkara yang sebenar, pasti Zainab tidak akan membenci Mischa. Ya, Zainab tidak sepatutnya membenci Mischa. Zainab sepatutnya menganggap dia seperti adik Zainab sendiri. Maafkan Zainab …” fikir Zainab di dalam hati. Selepas sekian lama menyimpan dendam dan amarah akhirnya benteng pemisah itu roboh jua..

Untuk membuat seseorang berubah ia tidak boleh dibuat dengan cara kasar sebaliknya kita perlu bersabar, dan sentiasa mendorongnya. Namun pada akhirnya, tiada daya kita untuk merubah seseorang itu jika dia tidak mahu berubah dengan sendirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience