BAB 4

Drama Completed 2968

Zainab hanya menundukkan kepalanya. Darahnya terasa menyirap satu badan kerana disindir sebegitu rupa oleh Cikgu Rashid. Terasa seperti ingin membawa diri ke batu belah batu bertangkup. Amni yang berada di sebelahnya segera menyedarkannya dari lamunan. “Zainab, awak kenapa?” Zainab hanya menggelengkan kepala.

“Kenapa awak menggeleng kepala? Tidak tahu jawapan? Kalau begitu jangan mengelamun semasa saya mengajar.” Cikgu Rashid segera menyambung penulisannya di papan putih.

“Hmm...” Zainab mengeluh kecil. Keringat di dahinya segera dikesat dengan sehelai sapu tangan berwarna kuing cair.

“Ada apa-apa yang awak hendak kongsi dengan saya?” Amni mula bersuara. Zainab hanya menggelengkan kepalanya, lansung tidak bersuara. Zainab seolah-olah di set hanya untuk mengangguk atau menggeleng pada hari itu.

“Hey! Berangan ya?” Hanan mematikan lamunan Zainab pada pagi itu. Zainab hanya mencebik tanda geram. “Kenapa tidak disentuh nasi itu? Tiada selera ya? Saya tahulah tukang masak kesayangan awak tidak datang hari ini, jadi tidak dapatlah dia masak bihun sup kegemaran awak. Jangan bersedih ya!” usik Hanan lagi.

“Apa yang awak merapu ini? Saya bukan bersedih kerana itulah.” Zainab mematikan tanggapan Hanan terhadapnya. Dia menguis-nguis dengan hujung jari nasi lemak yang terhidang di depan matanya.

Amni yang hanya mendiamkan diri sejak tadi mula bersuara. “Habis itu, awak bersedih sebab apa? Mahu kata kehilangan suami, awak belum berkahwin lagi.” Amni menyambung tugas Hanan untuk terus menyakat Zainab. Tiba-tiba, hinggap satu cubitan di lengan kiri Amni.

“Aduh, sakitlah!” Amni menggosok-gosok lengannya yang kemerahan kerana dicubit Zainab. “Ya, rasakan cubitan edisi terhad daripada saya. Hanya calang-calang orang sahaja yang layak dapat.” Zainab tersenyum sinis.

“Ha, senyum pun awak! Kenapa bersedih?” Soal Hanan. “Hmm… perlukah saya beritahu awak berdua?” Zainab kembali menyoal Hanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience