BAB 2

Drama Completed 2968

“Zainab tidak pernah menganggap dia sebagai adik sendiri! Dia bukan adik Zainab!” Dia dengan pantas berlari menuju ke tingkat atas. “Bang!” Pintu biliknya dihempas tanda protes. Mischa hanya menjadi pemerhati setia drama antara ibu dan anak itu. Puan Zawiyah menggeleng kepala serta mengucap panjang mengenangkan sikap anak bongsunya itu.

“Dia memang begitu, Mischa jangan ambil hati ya. Mari mak cik bawa Mischa ke bilik tetamu.” Mischa hanya mengangguk kecil. Dia mula memberanikan diri untuk bersuara. “Kak Zainab tidak sukakan Mischa?”

“Bukan, mungkin anginnya agak tidak baik hari ini. Jangan terasa dengan kata-kata dia sebentar tadi ya.” Puan Zawiyah merangkul bahu Mischa. Dia hanya tersenyum nipis.

Daun pintu bilik itu dikuak, kepalanya dijengah perlahan sambil matanya meliar mencari sesusuk tubuh. Puan Zawiyah mula menapak masuk ke dalam bilik Zainab. Pintu ke ruang balkoni ditolak perlahan, dia tahu Zainab pasti berada di situ.

“Masih marah lagi?” Puan Zawiyah mengambil tempat di hadapan Zainab. Dia hanya memandang sepi. “Tidak baik Zainab buat begitu. Dia tidak bersalah dalam hal ini. Tidak bolehlah Zainab menyimpul dendam terhadap dia.” Nasihat Puan Zawiyah sambil berharap agar anak perempuan bongsunya itu akan lembut hatinya.

“Tidak mudah ibu untuk Zainab lupakan apa yang ibu dia telah buat pada kita. Mungkin ibu boleh maafkan Mak Cik Maznah, tapi tidak Zainab. Ibu fikir-fikirlah semula apa yang dia telah buat pada ibu, pada kita sekeluarga. Dia rampas Abah dari kita ibu. Itu yang buat Zainab benci pada dia, benci pada Abah!” semua perasaan geram yang bersarang dalam hatinya dihambur keluar.

“Walau sedalam mana pun kebencian Zainab terhadap Abah, dia tetap Abah kandung Zainab. Zainab tidak boleh ubah fakta itu. Kalau ibu boleh, kenapa tidak Zainab?” Puan Zawiyah terus memujuk. Kata orang, kalau mahu memujuk biarlah berhemah. Biar perlahan-lahan asalkan orang yang dipujuk itu berubah dengan ikhlas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience