BAB 9

Drama Completed 2968

“Mana balang ikan emas yang ada di situ?” soal Zainab bengis. Tangannya disilang seperti selalu apabila marah. “Mischa ubahnya di ruang tengah. Maaf, Mischa tidak tahu yang itu ikan Kak Zainab.” Air matanya sudah mula bertakung.

“Itulah, apabila tidak tahu jangan memandai-mandai. Menyusahkan betul! Kenapa, sudah tidak mahu belajar? Mahu menjadi pengemas rumah sepenuh masa, begitu?” sindir Zainab pedas.

“Zainab sudahlah. Ini hanya perkara kecil, janganlah diperbesar-besarkan. Mischa tidak tahu apa-apa.” Mak Nab cuba untuk menundukkan amarah Zainab.

“Apa bising-bising ini Zainab? Tidak eloklah kalau jiran dengar.” Tegur Puan Zawiyah yang baru sahaja muncul dari dapur.

“Kenapa marah Zainab? Marahlah budak ini!” Zainab menghempas bukunya ke lantai. Dia kemudian berlari menuju ke biliknya. Air matanya deras mengalir.

“Kenapa melampau sangat?!” jerkah Puan Zawiyah. Sememangnya, pohon sabar Puan Zawiyah seakan-akan mahu tumbang apabila mengenangkan sikap keras kepala anak perempuan bongsunya itu. Namun, dikejapkan juga akarnya demi mentarbiah sikap Zainab yang dianggapnya sudah melampaui batas.

“Mak Cik Zawiyah jangan marah Kak Zainab. Memang salah Mischa.” Ujar Mischa dalam keadaan serba salah. Air matanya menitis, semua perasaan bercampur-baur. Ada tercalit rasa bersalah terhadap Zainab.

“Kenapa Zainab?” tegur Rashidah yang baru sahaja keluar dari biliknya. Zainab tidak mempedulikan soalan kakaknya itu. Dia terus menuju ke biliknya dengan tangisan yang masih berbisa.

Sejak dimarahi oleh ibunya pada petang itu, Zainab lansung tidak keluar dari bilik. Puas dipujuk oleh Rashidah, Mak Nab dan Mischa namun dia masih berdegil dan keras kepala. Puan Zawiyah hanya membiarkan anaknya bersendirian, sesekali Zainab harus diberi pengajaran agar dia tahu menghormati orang lain.

“Aduh! Sakitnya perut aku. Masa inilah perut ini mahu buat hal.” Zainab menggosok-gosok perutnya itu. “Laparnya…aku kena turun ke dapur nampaknya.” Akhirnya Zainab terpaksa mengalah, dia tidak boleh terus melayan rajuknya. Jikalau tidak, pasti dia diserang gastrik sekalil lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience