BAB 7

Drama Completed 2968

“Siapa yang mahu berkawan dengan budak itu? Menjengkelkan!” Zainab mengetuk-ngetuk meja belajarnya dengan hujung pen.

“Kenapa pula? Along rasa tiada masalah untuk Zainab berkawan dengan dia. Dia hanya muda setahun dari Zainab. Masih boleh berkawan! Orang putih kata ada chemistry.

“There’s no chemistry between us! Along tidak berasa marah dengan perbuatan ibu dia?” ujar Zainab.

“Yang jodoh itu tetap jodoh Zainab. Jikalau itu yang tertulis untuk Mak Cik Maznah, kita tidak mampu menyanggah. Takdir sudah menentukan yang dia akan berjodoh dengan Abah.” Rashidah berusaha untuk memujuk adik perempuannya itu.

“Zainab tetap benci! Zainab peliklah dengan sikap along dengan ibu. Masing-masing mahu menyebelahi Mischa. Apa yang istimewanya tentang dia?” Zainab menolak tepi buku dan alatan menulisnya. Perdebatan dengan kakaknya lebih penting buat masa ini.

“Tapi…” belum sempat Rashidah menghabiskan ayat, Zainab telah memotong percakapannya. “Sudahlah. Jangan cuba untuk pujuk Zainab lagi. Zainab sudah letih mendengar leteran semua orang.”

“Andai Zainab tahu perkara yang sebenar.” Ujar Rashidah di dalam hati.

“Dia masih adik awak Zainab. Tidak baik layan dia begitu!” nasihat Amni.

“Itu semua bukan salah dia. Dia tidak minta semua ini berlaku Zainab. Maafkanlah arwah Abah dan ibu tiri awak. Cubalah buka hati awak untuk menerima Mischa.” Pesan Hanan pula.

Arghh! Pening dibuatnya. Rupa-rupanya Zainab sudah tersalah anggap. Dia fikir apabila dia mengadu semua masalah yang dihadapinya, dua rakan baiknya itu akan menyebelahi dan mendukungnya. Sangkaannya meleset sama sekali. Pohon dendam di dalam hatinya terhadap Mischa semakin bercambah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience