BAB 5

Drama Completed 2968

“Awak tidak percayakan kami ya?” Amni sudah mula terasa hati dengan soalan yang diajukan oleh Zainab sebentar tadi. “Bukan begitu. Awak janganlah salah faham Amni.” Amni kembali tersenyum seraya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zainab.

“Ini semua kerana Mischa …” Akhirnya Zainab membuka cerita. Amni dan Hanan mengerutkan dahi mereka. Mischa? Siapa gadis itu? “Siapa Mischa? Awak tidak pernah ceritakan dia kepada kami pun sebelum ini.” Amni menjadi teruja untuk mengetahui siapakah gadis yang bernama Mischa itu.

“Siapa dia? Kenapa, dia selalu buli awak ya? Beritahu saya! Biar saya laporkan pada Cikgu Zainon selaku guru pengawas yang paling bertauliah di sekolah ini!” tangan Hanan sudah terawang-awang di udara tanda bersemangat. Beberapa orang pelajar yang lalu-lalang di kantin tersebut memerhatikan tingkah laku Hanan yang agak pelik itu.

Zainab menjadi semakin rumit kerana diasak dengan pelbagai soalan yang dianggapnya tidak masuk akal. “Cuba bagi saya ruang dan peluang untuk bercerita.” Amni dan Hanan memandang antara satu sama lain dan meledaklah ketawa mereka bertiga. Gabungan tiga trakea itu membuatkan keadaan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Jaya bertambah gamat.

Assalamualaikum Mak Nab.” Zainab meletakkan kasutnya di rak yang disediakan. Dia kemudian bersalaman dengan pembantu rumahnya itu lalu mengetuk-ngetuk balang kaca yang berisi ikan emas di sudut rumah itu. “ Ibu belum pulang lagi Mak Nab?” Soal Zainab lalu merebahkan dirinya di atas sofa di ruang tamu itu.

“Belum lagi. Mungkin ramai pesakit di hospital.” Mak Nab kemudiannya meneruskan tugasnya semula. Zainab melepaskan lelahnya sebentar di sofa itu. Baru sahaja dia mahu terlelap, ada suatu kecil menyapanya dengan mesra.

“Eh,Kak Zainab sudah pulang.” Mischa mengambil tempat di hadapan Zainab. Dia mengukir senyuman manis. “Hmm…” Jawab Zainab acuh tidak acuh. Dia sememangnya tidak menyukai kehadiran Mischa di kediaman mereka. “Kak Zainab mahu makan? Nanti Mischa sediakan.” Mischa cuba untuk mengambil hati Zainab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience