BAB 6

Drama Completed 2968

“Tidak perlu, saya pun boleh ambil sendiri. Apa gunanya ada tangan dan kaki kalau tidak digunakan?” Pedas sekali sindiran Zainab terhadap Mischa. Dia kemudiannya mengangkat kaki dari ruang tamu itu. Mischa dibiarkan bersendirian. Mak Nab yang hanya memerhatikan drama antara Mischa dan Zainab sebentar tadi hadir mendekati Mischa.

“Jangan ambil hati dengan sikap Zainab ya. Dia memang begitu, tapi dia anak yang baik sebenarnya.” Pujuk Mak Nab.

“Dia memang bencikan Mischa, hendak buat bagaimana. Mischa tidak minta semua ini terjadi Mak Nab. Mischa faham perasaan dia. Mischa faham bagaimana rasanya apabila Abah kandung kita sendiri dirampas oleh orang asing. Mischa tidak mahu menjadi bahan benci kak Zainab gara-gara perbuatan ibu Mischa sendiri.” Air mata yang mengalir segera diseka.

“Sabar Mischa. Mahu melembutkan hati seseorang memang sukar. Perlu ada caranya. Percayalah, suatu hari nanti dia akan menganggap Mischa seperti adik sendiri. Dia perlukan masa, manusia tidak boleh dipaksa. Lagi pula, dia baru sahaja tahu yang Tuan Azhar telah berkahwin dua.” Bahu Mischa dirangkul erat.

“Assalamualaikum…” kedengaran suara seorang gadis memberi salam dari luar. Mischa dan Mak Nab segera menjawab salam tersebut. Pintu hadapan rumah banglo itu dikuak. Muncul seorang gadis tinggi lampai sambil tersenyum ke arah Mak Nab dan Mischa.

“Ya Allah! Rashidah! Kenapa tidak beritahu yang kamu mahu pulang?” teriak Mak Nab yang kelihatannya teruja. Mischa hanya membatu memandang gadis yang tidak dikenalinya itu.

“Kenapa balik tidak beritahu?” soal Zainab sambil menyiapkan kerja rumah Sejarah yang diberikan oleh gurunya. “Biarlah along mahu beritahu atau tidak. Sibuk!” Rashidah membidas kata Zainab sebentar tadi. Zainab menjelirkan lidahnya tanda meluat.

“Wah! Selepas ini seronoklah Zainab kerana sudah ada kawan.” Ujar Rashidah beria-ria. “Memang selama ini Zainab ada kawan. Peliklah along ini.” Zainab mengerutkan dahinya. “Ish, kenapa Zainab ini lurus bendul! Maksud along kawan di rumah. Bukankah ada Mischa, jadi Zainab tidak akan bosanlah selepas ini apabila along pulang ke universiti.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience