BAB 3

Drama Completed 2968

“Zainab tidak sekuat dan setabah ibu. Zainab perlukan masa untuk memaafkan mereka dan mungkin Zainab tidak mampu memaafkan mereka sampai bila-bila.” Pandangannya dialihkan ke arah kereta yang sedang lalu-lalang di hadapan rumah mereka.

“Tapi Zainab masih sayangkan Abah bukan?” soal Puan Zawiyah.

“Perasaan sayang itu semakin hari semakin terhakis apabila Zainab mengenangkan perbuatan Abah.” Ujar Zainab sebak.

“Kalau begitu, kenapa Zainab masih menjaga ikan emas pemberian Abah dengan baik? Zainab tidak pernah mengubah kedudukan balang kaca yang berisi ikan emas itu. Zainab hanya membiarkan balang itu berada di situ, tempat di mana Abah meletakkan ikan emas tersebut.” Puan Zawiyah bermain kata.

“Ikan itu tidak bersalah dalam hal ini, jadi salahkah Zainab menjaganya dengan baik?” ujar Zainab tidak mahu mengalah.

“Sudah hampir satu tahun Abah dan Mak Cik Maznah meninggal dunia. Takkan sampai sekarang Zainab mahu membiarkan dendam itu membengkak dalam hati? Fikirlah secara matang, Zainab sudah pun berusia 13 tahun. Sudah mampu membezakan antara yang mana baik dan yang mana buruk. Ibu tidak pernah ajar anak-anak ibu untuk membenci Abah kandung mereka sendiri.” Puan Zawiyah menghela nafas. “ Baiklah, kalau Zainab masih tidak dapat maafkan Abah dan Mak Cik Maznah, Zainab terimalah kehadiran Mischa di rumah ini. Kasihanilah dia, dia sudah tidak punya sesiapa lagi. Jika dibandingkan dengan Zainab, kehidupan Mischa lebih banyak dugaan.” Puan Zawiyah mula melangkah keluar. Dia kelihatannya menemukan jalan buntu untuk memujuk puteri bongsunya itu.

Zainab lantas menyeka mutiara jernih yang jatuh berguguran di pipinya itu. Api dendam dalam hatinya bertambah marak. “Aku tidak akan maafkan kalian.”

“Zainab, kamu sudah berjaya mendarat di planet mana? Planet Musytari?” sindir Cikgu Rashid apabila dilihatnya Zainab lansung tidak memberi tumpuan akan apa yang diajarnya. “Beritahu saya semula bagaimana hendak menyelesaikan masalah Matematik ini.” Cikgu Rashid sudah mula bercekak pinggang tanda marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience