BAB 11

Romance Completed 17307

Keesokan harinya, Alisa pergi lagi ke rumah Syahmi. Tapi kini bersama ibunya.

"Assalamulaikum."

Syahmi yang tengah makan menoleh ke muka pintu. Ternyata ada tetamu.

"Waalaikumussalam."

Saat Syahmi bertembung mata dengan Alisa, dia jadi kaku. Kenapa Alisa berada di sini? Bersama makcik.

"Erk..masuklah makcik."

"Tak usah. Saya duduk di luar. Boleh awak keluar sebentar?"

Alisa memandang Syahmi dengan penuh mengharap. Ibunya dikerling sekilas.

"Ibu tunggu di kereta. Bincanglah elok-elok."

Alisa hanya mengangguk.

"Tiada apa yang perlu kita bincangkan. Kenapa?"

Syahmi bagai orang yang tiada perasaan saja. Tapi dalam hati rasa sakit kerana terpaksa menipu orang yang dicintai.

Kalaulah dia tidak beritahu Alisa perkara sebenar. Pasti dia tidak diselebungi rasa bersalah.

"Saya nak tahu kenapa awak selalu ingin saja mengelak daripada saya. Apa salah saya? Bukankah sebelum ini awak yang muncul dan mengambil berat akan saya. Mana semua sikap tu? Sikap yang berjaya buat saya jatuh cinta. Mana?"

Sedikit tinggi nada Alisa ketika meluahkannya.

Syahmi mengeluh kecil. Rasanya dia perlu beritahu perkara sebenar. Ini saja caranya supaya Alisa berhenti menyalahkan dirinya.

"Lisa, sebenarnya saya ada penyakit. Saya menghidap penyakit barah. Walaupun baru di tahap 1. Tapi ia mengambil masa untuk sembuh."

Tergamam Alisa ketika mendengar penjelasan Syahmi. Sungguh dia tidak menyangka orang sebaik Syahmi menghidap penyakit barah. Ya Allah.

Syahmi tersenyum pahit. Dia tahu Alisa pasti sukar untuk terima.

"Awak baliklah. Dan saya tak mahu awak simpati akan keadaan saya. Memang betul saya mencintai awak. Tapi saya tidak dapat jamin yang kita akan bersama. Maafkan saya jika sebelum ni saya buat awak tidak selesa." Getar suara Syahmi.

Pantas dia memusingkan badan. Tak sanggup untuk berhadapan dengan Alisa. Dia tidak kuat. Sama perasaannya ketika mendapat tahu penyakit sebenar. Itu pun selepas hal orang tua Alisa selesai. Maafkan aku Alisa.

Alisa memandang belakang Syahmi dengan pandangan sayu. Serta merta air matanya turut menitis.

"Baliklah, Lisa. Selepas ini saya akan pergi jauh dari sini. Saya akan berpindah. Jadi awak boleh lupakan saya."

Syahmi terus masuk ke dalam rumah. Wajah Alisa langsung tidak dipandangnya. Takut dirinya tidak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience