BAB 6

Romance Completed 17307

Seminggu berlalu

Bibirnya terukir senyuman bahagia saat melihat telatah kedua orang tuanya. Rasa bahagia menyapa di hati. Tapi entah mengapa ada satu rasa yang dia tidak dapat gapai. Rasa sesuatu yang dia tidak tahu. Bagaikan ada kekosongan dalam hatinya.

Bagai sedang menanti jawapan yang tidak pasti. Dia sendiri pun tak tahu apa. Tapi dia sangat bersyukur kerana semuanya berlalu dengan baik sekali.

"Hai, anak ayah ni termenung."

Alisa tersenyum. Ayah berjaya menghentikan lamunannya.

"Ayah, Lisa nak tanya sikit. Boleh?"

"Sure sayang."

"Macam mana ayah dan ibu boleh berbaik? Kenapa ayah tiba-tiba berubah fikiran untuk tidak menceraikan ibu?"

Soalan itu mengundang senyum ayahnya. Semua ini atas jasa seseorang.

"Sebenarnya..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience