BAB 4

Romance Completed 17307

Dumn!

Alisa tersedar daripada tidur. Bunyi yang kuat itu menyedarkannya. Lantas kaki dilangkah turun ke bawah.

"Abang... abang kata tak mahu ceraikan saya."

Langkah Alisa terhenti di anak tangga pertama. Serta merta langkahnya menjadi kaku.

"Maafkan saya. Saya sudah ambil keputusan untuk berkahwin lain. Tapi awak jangan risau saya tidak akan lupakan Alisa. Dia anak saya. Maafkan saya."

Kata-kata yang baru terkeluar dari mulut ayahnya itu buat Alisa terduduk. Air matanya pantas mengalir keluar. Sakit hatinya kerana melihat pergaduhan orang tuanya. Sampai bercerai. Tak kasihankah ayah terhadap kami berdua. Ayah!

"A..ayah.."

Perlahan suara Alisa ketika memanggil ayahnya. Bersama linangan air mata, dia turun daripada tangga.

"Sayang..." Ayahnya tersentak apabila melihat Alisa mendekatinya.

"Maafkan ayah Alisa. Ayah terpaksa pergi."

"Ayah!"

Alisa cuba mengejar ayahnya. Tapi malangnya, dia tersilap langkah apabila kakinya tersadung di anak tangga. Kepalanya terhantuk pada kaki tangga.

"Ya Allah. Alisa!"

Jeritan ibu Alisa mengejutkan suaminya.

"Ya Allah..."

Alisa melihat ibunya dengan pandangan kabur. Kemudian dia mengukirkan senyuman apabila ayahnya masih belum pergi.

"Jangan pergi ayah. Jangan.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience