BAB 2

Romance Completed 17307

"Tolonglah bang. Fikirkan demi anak kita. Abang!"

Alisa pantas berlari apabila ayahnya ingin keluar daripada bilik.

"Saya dah tak tahan dengan awak yang selalu curiga. Jadi mulai hari ini biarlah saya pergi. Saya takkan ceraikan awak. Awak tak perlu risau."

"Abang!"

Alisa melihat dengan sayu kepergian ayahnya itu. Air matanya menitis lagi. Ibunya di pandang lirih.

'Ya Allah, kenapa harus jadi begini.'

"Ibu.." Alisa melangkah mendekati ibunya dengan senyuman hambar.

"Lisa.." Tubuh Alisa dipeluk.

Alisa mengetap bibir. Dia tahu ibunya sedih apatah lagi dia. Kenapa ayah sanggup buat begitu. Kesian ibu.

"Sabar ibu. Lisa pasti apa yang terjadi di sebalik ini ada hikmahnya." Pesan Alisa.

Dia perlu tabah jika tak mahu ibunya lemah. Dia harus cekalkan hati menerima ini semua.

'Ya Allah, kuatkan hatiku ini. Lembutkanlah hati ayahku itu untuk menerima kami semula.'

Doa Alisa dalam hati. Bersama doa itu air matanya turut mengalir. Berharap doanya dimakbulkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience