BAB 1

Romance Completed 17307

GULPP! GUULPP!

BELI ATAU TAK NI? Kalau beli confirm terangkat punya. Tidur pun lena sebab kenyang taklah masuk dalam mimpi, basah bantal terkena air liur basi. Tapi, kalau beli angka kat penimbang berat 100% bertambah-tambah, sudahnya baju yang aku beli tak muat.

Alisa mengerling manusia yang berada di sebelahnya. Serta merta dia terteguk air liur. Mana taknya, manusia di sebelahnya itu sedang menjilat aiskrim. Dahlah aiskrim makanan favourite Alisa.

Manusia yang berada di sebelahnya itu pula jadi pelik. Tiba-tiba je dia kena perhati macam tu.

"Erk..awak kenapa?" Alisa tersentak lalu tersengih.

"Maaf."

Terus Alisa menjauhi manusia itu.

Keluhan kecil terlepas. Langit mendung di lihatnya. Seperti faham dengan isi hatinya sekarang. Kecewa dan sedih setelah melihat satu perkara yang tidak dia duga. Hujan yang tiba-tiba turun itu seperti faham apa yang sedang dia rasakan sekarang. Iaitu dia ingin menangis. Tapi saying, air matanya tidak mahu mengalir. Pelik sungguh!

"Haih.." Sekali lagi keluhan di lepaskan.

Alisa kembali meneruskan langkah dengan perlahan walaupun hujan renyai-renyai. Dia langsung tidak peduli akan hujan dan orang sekeliling. Yang dia tahu, dia ingin melupakan apa yang patut dilupakan.

Alisa menjadi hairan apabila dia sudah tidak merasai renyai-renyai hujan. Pantas dia mendongak. Ternyata dia sudah dipayungkan oleh seorang lelaki.

"Kenapa awak berjalan dalam cuaca begini? Nanti demam siapa yang susah. Diri sendiri juga kan?"

Teguran lelaki itu ternyata membuatkan hati Alisa tersentuh.

Serta merta air matanya mengalir. Hatinya menjadi sebak. Lelaki tadi menjadi pelik.

"Kenapa dengan awak?" soal lelaki itu prihatin.

Alisa tersenyum hambar. Pantas air matanya diseka. Tak patut dia menangis di hadapan lelaki yang tidak dikenali.

"Maafkan saya."

Ucap Alisa lalu kembali berjalan. Ingin pergi sejauh yang mungkin. Tapi bolehkah?

"Ikut saya!"

Alisa tersentak apabila tangannya ditarik oleh lelaki tadi. Dan dia dibawa ke tempat teduh.

"Sekarang cuba awak cerita apa masalah awak?"

Alisa mendongak melihat lelaki tersebut.

"Kenapa awak ambil berat pasal saya sedangkan kita tak kenal pun," ujar Alisa.

Lelaki tersebut tersenyum. Wajahnya di dongak untuk melihat langit yang mendung itu.

"Saya pun tak tahu kenapa. Saya ikut gerak hati. Hati saya terdetik ingin tahu masalah awak. Tak kenal lagi senang kan?"

Balas lelaki itu lalu menoleh melihat Alisa.

Alisa mengorak langkah ke hadapan sedikit. Ingin merasa air hujan dengan menadah tangan. Lelaki disebelahnya dikerling.

"Saya sedih sebab saya ternampak ayah saya sendiri menampar ibu saya. Saya tak tahu kenapa. Tapi yang pasti saya tak suka bila ayah menampar ibu. Dan selama ini saya sering terasa hati dengan sikap ayah. Dia kurang ambil berat pasal saya. Apabila awak tegur saya tadi, saya teringat masa saya kecil dulu. Selalu sangat ayah saya berpesan begitu. Tapi sekarang? Saya tidak dengar lagi."

Alisa tunduk memandang lantai. Memang dia amat merindui ayahnya yang dulu. Dia sendiri tidak tahu kenapa ayahnya boleh berubah sedemikian.

"Mungkin ayah awak ada masalah?"

"Kalau ye pun, takkan sampai anak dia pun dia abaikan. Sedangkan saya ni anak kandung dia. Entahlah," keluh Alisa lagi.

"Tak baik mengeluh."

Teguran itu Alisa terima dengan senyuman.

"Anyway.. saya Syahmi. Awak?"

"Alisa. Terima kasih kerana sudi dengar masalah saya." Ucap Alisa.

"Sama-sama. Maaf, saya kena gerak dulu. Insya Allah nanti kita akan berjumpa lagi. Jika Allah izinkan. Assalamulaikum."

Terus Syahmi melangkah meninggalkan Alisa.

"Waalaikumussalam."

Alisa tersenyum sendirian. Tak sangka masih ada lelaki sebegitu di dunia ini. Moga lelaki itu lebih bahagia daripada dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience