BAB 8

Romance Completed 17307

Alisa memandang sekeliling. Namun kelibat insan yang ingin dia jumpai masih belum muncul. Lagipun adakah dia akan muncul pada tempat yang sama. Tempat pertama kali dia dan lelaki iitu muncul? Mungkinkah?

Alisa mendongak melihat langit. Cuaca hari ini sangat cerah. Bukan seperti sebelum ini. Langit pada hari ini macam faham isi hatinya. Tapi dia masih belum berpuas hati selagi tidak bertemu dengan lelaki itu.

'Muncullah Syahmi. Saya nak jumpa awak.'

Alisa melangkah ke arah penjual aiskrim. Dah lama dia tidak makan aiskrim. Memandangkan dia sudah sembuh. Jadi boleh makan aiskrim.

"Vanilla satu." Ujar Alisa kepada penjual ais krim itu.

"Baik."

"Dari mana ni?"

Tersentak Alisa. Tapi dia masih tersenyum.

"Dari rumah. Saya datang nak cari seseorang. Tapi saya belum jumpa."

Ujar Alisa. Dia tidak dapat tengok rupa penjual ais krim itu dengan jelas kerana mukanya dilindungi topi.

"Nah.."

Alisa menyambut aiskrim itu lalu mendongak melihat penjual ais krim. Alangkah terkejutnya dia apabila penjual ais krim itu adalah Syahmi.

"Terkejut?"

Syahmi menanggalkan topinya. Sengaja hari ini dia menyamar sebagai penjual asikrim.

"A..awak ni sebenarnya siapa?" Soal Alisa gagap.

Syahmi melangkah dengan senyuman. Alisa membuntuti langkah Syahmi. Perasaan ingin tahu sudah membuak-buak.

"Kalau awak dengar cerita saya pasti awak tak percaya. Tapi itulah kenyataannya. Awak nak tahu perkara sebenar?"

Alisa hanya mengangguk. Sesekali aiskrimnya dijilat.

Syahmi tertawa kecil saat melihat Alisa menjilat aiskrim. Macam budak-budak. Tapi itulah daya tarikan Alisa yang comel. Lantas Syahmi hanya biarkan.

"Sebenarnya pertama kali saya ternampak awak di tanah perkuburan." Alisa tersentak.

"Masa tu awak menangis atas kepergiaan adik kesayangan awak. Tapi awak jenis yang cekal hati. Keesokan harinya awak mampu tersenyum semula."

Alisa memandang Syahmi tanpa berkelip. Persoalannya macam mana dia tahu?

"Awak jangan terkejut. Masa pertama kali saya nampak tu, saya baru habis melawat orang tua saya. Mereka telah pergi dalam kemalangan. Dan pertama kali saya nampak awak, saya ingin tahu kisah hidup awak. Saya ingin tahu kenapa awak menangis sampai macam tu sekali. Sebab saya tahu awak seorang yang tabah dan berani orangnya. Jadi mulai hari itu, saya selalu ekori awak. Saya mulai siasat segalanya tentang awak. Kadang-kadang saya upah orang untuk tengok awak dari jauh. Saya pun tak tahu kenapa saya jadi sampai macam tu sekali."

Syahmi berjeda seketika. Melihat Alisa yang seakan terkedu itu, dia kembali menyambung.

"Saya sudah mulai jatuh hati dekat awak, Alisa. Makin hari, saya ikuti perkembangan awak. Saya makin tertarik akan awak. Tak pernah dalam hidup saya jumpa seorang gadis macam awak. Jujur sekali saya katakan yang awak telah berjaya membuat saya bersemangat. Awak juga berjaya membuatkan hati saya berdebar-debar. Sukar nak percaya kan? Sebab tulah saya boleh tahu semuanya mengenai awak. Maafkan saya."

Alisa tertunduk memandang lantai. Aiskrim yang sedikit cair dibiarkan. Hatinya kini memang telah tersentuh mendengar cerita daripada Syahmi. Tak pernah dan tidak ada seorang lelaki pun sampai sanggup buat macam tu. Hanya kerana dia?

"Awak tak kerja ke sampai ekori saya hari-hari. Patutlah saya rasa saya macam dilindungi seseorang. Kadang-kadang saya rasakan yang ada orang tengah ekori saya. Tapi lama-lama rasa itu hilang sehinggalah saya jumpa awak. Tapi kenapa awak muncul lambat sangat?"

Syahmi menatap Alisa dengan penuh perasaan. Hanya satu sebab kenapa dia takut nak muncul depan Alisa.

"Se..sebab saya tak mahu awak menangis jika saya tiba-tiba hilang daripada pandangan awak. Saya lakukan semua itu sebab saya nak awak jadi seorang yang ceria. Saya tak mahu awak jadi lemah," jelas Syahmi.

"Kenapa pula saya perlu menangis dan ke mana awak nak pergi?" soal Alisa bertalu-talu.

Syahmi tersenyum hambar. Susah untuk dia jelaskan keadaan dia sekarang. Kalau boleh biar dia seorang saja yang tahu dan tanggung segalanya.

"Awak tak perlu tahu. Yang saya nak awak tahu adalah awak sentiasa berada di hati saya. Mungkin selepas ini kita tidak akan bertemu lagi."

"Ta..tapi kenapa? Salahkah kalau saya nak tahu?"

"Belum tiba masanya Alisa."

'Maafkan aku Lisa. Kalau aku beritahu perkara sebenar aku mungkin susah untuk pergi dari hidup kau. Aku ada penyakit Lisa. Penyakit barah. Walaupun baru ditahap 1. Tapi ia tidak dapat jamin apa-apa.'

"Saya pergi dulu."

Terus Syahmi melangkah meninggalkan Alisa yang terpinga-pinga. Air matanya mengalir keluar. Dia tak mahu kalau Alisa nampak keadaannya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience