BAB 3

Romance Completed 17307

Alisa mendongak melihat langit yang cerah itu. Terukir senyuman di bibirnya saat melihat burung-burung berterbangan tanpa dilanda masalah. Alangkah bahagia jika dapat bercakap dengan binatang.

Alisa mengerling jam tangannya. Dia masih ada setengah jam untuk ke kolej. Kerja pensyarah ini bukan mudah. Tapi dia sanggup hadapi kerana ia cita-cita yang sudah di tetapkan dari dulu lagi.

'Ibu, Alisa pasti tidak akan hampakan ibu.'

Alisa kembali melihat langit. Langit boleh menjadi saksinya ketika itu. Walau apapun yang terjadi, dia tetap akan menghadapinya dengan senyuman.

"Cantik kan cuaca hari ini?"

Alisa tersentak apabila ditegur.

Alisa menoleh ke kiri. Ternyata lelaki tempoh hari. Syahmi!

"Hai, jumpa lagi kita."

Alisa tersenyum. Kebetulan ke?

"Awak buat apa di perhentian bas ni sorang-sorang. Takkan tunggu bas? Saya rasa bas dah lepas."

Ujar Syahmi dengan kerutan di dahi.

Alisa tersenyum lalu mengangguk. Memang dah lepas sebab dia dah sampai. Kolej ada di belakang.

"Belakang awak tempat kerja saya."

Tunjuk Alisa sambil tersenyum manis.

Syahmi tersengih menunjukkan giginya itu. Kemudian dia kembali menatap Alisa.

"Jom saya hantar awak masuk."

"Eh? Tak usah. Saya boleh masuk sendiri. Awal lagi ni." Tolak Alisa secara baik.

"Okey!" Syahmi hanya menjongket bahu.

Keadaan kembali sunyi sepi. Alisa dengan lamunannya manakala Syahmi dengan fikirannya sendiri.

"Macam mana dengan family awak?" Suara Syahmi tiba-tiba.

Alisa tersenyum hambar.

"Susah saya nak cakap. Tapi ayah saya telah pergi tinggalkan kami berdua." Lirih Alisa.

"Maafkan saya. Saya tak sangka pula yang.."

"Tak apa." pintas Alisa.

Kalau boleh dia tak mahu lagi bincang soal itu. Biarlah hanya dia dan ibu saja tahu.

"Erm, kita kawan?"

"Hah?"

Alisa terpinga-pinga. Kawan?

Syahmi tersenyum. Gelagat Alisa sangat comel pada pandangan matanya.

"Saya akan jadi kawan awak mulai sekarang. Jadi awak boleh luahkan masalah awak kepada saya. Saya sudi mendengarnya. Awak jangan risau kerana masalah awak hanya saya yang tahu. Dan awak jangan terkejut apabila saya tiba-tiba muncul di hadapan awak. Macam sekarang."

Syahmi menjongket kening dengan senyuman.

Alisa terpegun. Lelaki di hadapannya ini berjaya membuat dadanya berdebar-debar. Sangat pantas. Lantas Alisa hanya mengangguk. Lelaki ini terlalu baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience