BAB 13

Romance Completed 17307

Setahun berlalu

"Wuargghh!"

Bunyi tangisan bayi mengejutkan Alisa yang sedang termenung itu. Pantas dia cuba menenangkan bayi yang berada dalam dukungannya. Dia jadi tersenyum sendiri kerana boleh termenung.

'Ya Allah, aku merindui dia.'

"Alisa..."

Alisa tersentak. Terasa air matanya mengalir keluar. Pantas disekanya.

"Ya saya.."

Alisa meletakkan bayi itu ke dalam buaian bayi. Senyumannya terukir melihatnya yang sedang lena itu.

"Ada orang nak jumpa kamu di luar."

"Siapa kak?"

"Entah, pergi je.."

Alisa hanya menurut. Dengan debaran dia melangkah keluar daripada bilik jagaan bayi.

Kini dia berkerja sebagai penjaga atau pengasuh bayi di tadika. Ini sebagai kerja sambilannya pada waktu cuti. Alhamdulillah dia boleh lakukan.

Alisa menoleh ke kiri dan ke kanan. Tapi dia tidak tahu siapa yang ingin menjumpainya. Baru saja dia ingin melangkah masuk, terdengar namanya dipanggil.

"Alisa."

Alisa tersentak. Suara itu!

Perlahan-lahan Alisa menoleh ke kiri. Terkaku dia di situ melihat insan itu dihadapan mata.

"Awak masih tak berubah Lisa."

Syahmi tertawa kecil melihat Alisa. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Alisa.

"A..awak dah balik? Macam mana awak tahu saya ada di sini?"

Soal Alisa bertalu-talu.

"Saya pergi rumah awak tapi awak tak ada. Saya tanya ibu awak. Ibu awak yang beritahu. Jadi, terkejut?"

"Yalah, kenapa awak tak beritahu yang awak balik hari ini?" Syahmi tersenyum.

Kepalanya didongak untuk melihat langit yang cerah itu. Sudah berapa lama dia tidak dapat melihat langit dengan begitu tenang. Alisa dikerling sekilas.

"Saya nak beri kejutan. Tapi tak sangka saya yang terkejut apabila dapat tahu awak berada di sini. Atau awak ni dah berkahwin?"

Syahmi dengan riak mukanya terkejut. Takkanlah?

Alisa pula tertawa kecil.

"Tak mungkin saya dah berkahwin sedangkan saya mencintai orang lain. Itu pun takkan tak boleh fikir."

Sindir Alisa.

Syahmi tersengih sambil tergaru-garu keningnya. Jadi tekaannya silap. Alhamdulilah.

"Jadi, saya masih ada ruang untuk masuk ke dalam hati awak?"

Alisa tersenyum melihat wajah Syahmi. Syahmi memang sudah banyak berubah.

"Awak, ruang yang kosong itu memang saya khaskan untuk awak."

Jawab Alisa tulus.

Syahmi mengucap syukur dalam hati.

"Awak dah sembuh?" soal Alisa.

"Alhamdulillah. Makin sembuh. Erm, kalau begitu mulai hari ini saya takkan lepaskan awak lagi."

Alisa mencebik kemudian berlari masuk ke dalam. Sesaat kemudian dia keluar semula tapi Syahmi tiada. Alisa pelik.

"Cari saya ke?"

Alisa terkedu melihat sebentuk cincin berada dihadapan matanya.

Syahmi bergerak dan berhadapan dengan Alisa. Cincin yang dia pegang dihulurkan kepada Alisa.

"Ini untuk awak. Ia sebagai janji saya untuk menjaga awak seumur hidup saya. Sudikah awak menerima saya sebagai suami awak?"

Alisa terpegun dan secara tak sengaja mengalirkan air mata. Kemudian dia pantas mengangguk. Dah lama dia menantikan saat ini.

"Terima kasih kerana sudi menunggu saya. Alisa..."

"Sama-sama dan terima kasih kerana mencari saya."

Kami saling berbalas senyuman, senyuman yang cuma aku dia dan Tuhan saja tahu. Bertahun lama aku tunggu, hujan, panas mahupun malam-malam yang sunyi sambil melihat kelipan di angkasa bersendirian mengharapkan insan yang dicinta muncul akhirnya kini sudah di depan mata.

Bersaksikan seisi cakerawala ciptaan Sang Pencipta, aku menemui apa yang ku tunggu. Penantian ini berbaloi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience