BAB 12

Romance Completed 17307

Seminggu berlalu.

Syahmi merenung beg-begnya sebelum di bawa masuk ke dalam balai pelepasan. Sungguh dia rasa sedih kerana ingin meninggalkan Malaysia dan orang tersayang. Tapi dia terpaksa demi menyembuhkan penyakitnya.

Selepas berfikir masak-masak. Dia sudah bertekad ingin berusaha menyembuhkan penyakitnya. Mungkin benar kata Alisa kerana dia sudah membuat solat istkhikarah dan meminta pertolongan Allah. Hatinya kuat mengatakan yang Alisa jodohnya.

Jadi untuk tidak mengecewakan Alisa, dia harus tabah dan cekal hadapi semua ini. Moga-moga apabila dia pulang ke Malaysia, dia dapat jumpa lagi dengan Alisa. Sekalipun Alisa sudah berkahwin.

Selesai semua proses, Syahmi bergerak menuju ke ruang menunggu. Ada lagi sejam sebelum dia masuk ke dalam balai pelepasan.

Memang tidak dapat dinafikan, dia berasa hampa dan kecewa. Alisa tidak datang lagi ke rumahnya selepas mengetahui penyakitnya. Tapi dia tak salahkan Alisa kerana Alisa patut mengetahui perkara yang sebenar.

'Maafkan aku Alisa. Maafkan aku.'

Syahmi tersenyum hambar melihat seorang pasangan suami isteri. Melihatkan mereka Syahmi teringat orang tuanya. Sungguh dia amat merindui orang tuanya.

"Syahmi!"

Syahmi tersentak. Dia terdengar ada orang memanggil namanya. Tapi siapa?

"Syahmi!"

Syahmi bangun dan melihat sekeliling. Dan matanya jatuh pada kelibat orang yang sangat dia rindui. Alisa!

"Awak..."

Alisa kini berhadapan dengan Syahmi. Syahmi terpinga-pinga melihat Alisa. Terkejut kerana Alisa berada dihadapannya.

"Macam mana awak tahu saya ada di sini?" soal Syahmi pelik.

Alisa tersenyum.

"Mana boleh saya biarkan orang yang saya cintai pergi begitu saja. Awak dah melampau kerana tidak beritahu saya soal ini. Mujur jiran sebelah beritahu."

Ujar Alisa dalam nada geram.

Syahmi tersenyum. Alisa ini memang bukan perempuan yang mudah mengalah. Dia jadi bangga akan diri Alisa.

"Awak, saya cakap dengan awak tapi awak boleh termenung pulak."

Syahmi tertawa kecil. Pertama kali dia melihat Alisa dalam keadaan geram macam ni.

"Maafkan saya. Saya tak sangka awak akan datang sini. Saya ingat awak dah lupakan saya sebab masalah saya." Ujar Syahmi serius.

Alisa menggeleng. Tak mungkin dia akan buat begitu. Lagipun kalau benar mencintai seseorang, kita patut terima keadannya seadanya. Tak kira Syahmi sihat atau sakit. Ini dinamakan cinta sejati yang dikurniakan Allah.

"Tak, kalau saya cintakan awak. Saya tetap akan cintakan awak sampai bila-bila."

Tegas Alisa.

"Tapi,betul ke awak nak pergi? Buat apa?"

"Maafkan saya. Saya kena pergi. Kalau benar awak cintakan saya, awak perlu tunggu saya sampai balik. Saya pergi kerana ingin menyembuhkan penyakit saya. Saya tak mahu awak kecewa akan diri saya." Jelas Syahmi.

"Dekat Malaysia pun ada perubatan yang baik. Tak usahlah pergi." Rayu Alisa.

"Tak boleh. Saya dah tetapkan tarikh untuk bertemu mereka. Awak cuma perlu doakan saya. Semoga semuanya berjalan lancar. Dan awak janji dengan saya yang awak tunggu saya ya? Saya pasti akan balik demi orang yang saya cintai."

Syahmi tersenyum manis ke arah Alisa.

"Insya Allah dengan izin Allah."

Syahmi hanya mengangguk. Dengan langkah perlahan dia melangkah masuk ke dalam balai pelepasan. Dengan seribu harapan yang menanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience