"Erm, kita kawan?" "Hah?" Alisa terpinga-pinga. Kawan? Syahmi tersenyum. Gelagat Alisa sangat comel pada pandangan matanya. "Saya akan jadi kawan awak mulai sekarang. Jadi awak boleh luahkan masalah awak kepada saya. Saya sudi mendengarnya. Awak jangan risau kerana masalah awak hanya saya yang tahu. Dan awak jangan terkejut apabila saya tiba-tiba muncul di hadapan awak. Macam sekarang." Syahmi menjongket kening dengan senyuman. Alisa terpegun. Lelaki di hadapannya ini berjaya membuat dadanya berdebar-debar. Sangat pantas. Lantas Alisa hanya mengangguk. Lelaki ini terlalu baik.
View All Chapters (Total 13 Chapter)
Update 07 March 2018
2022-05-31
best
2019-12-31
good
2018-05-29
sorry. Lets read my first novel 'TENGKU HANNAH NAURA' Dont forget to comment