BAB 10

Romance Completed 17307

"Syahmi..."

Syahmi yang sedang mengemaskan barang di luar rumah tersentak mendengar suara itu. Suara yang sangat dia rindui. Pantas dia menoleh ke belakang.

Wajah yang manis dan comel itu dipandangnya seketika. Kemudian dia kembali meneruskan kerja. Dia tak mahu terus-terusan mencintai Alisa. Dia takut dia tak dapat kawal diri untuk berpisah dengan Alisa.

"Syahmi.."

Alisa mendekati Syahmi yang langsung tidak hiraukan dia. Alisa jadi pelik.

"Awak buat apa datang sini?" getar suara Syahmi ketika itu.

"Dah lama saya cari awak. Saya nak jumpa awak. Saya nak beritahu sesuatu kepada awak." Ujar Alisa dengan lembut.

Syahmi menghentikan kerjanya. Dia melihat Alisa yang meminta masanya itu. Kemudian dia mengangguk dan melangkah ke kerusi.

"Apa yang awak nak beritahu saya?"

Soal Syahmi acuh tak acuh. Sedangkan di dalam hati rasa bersalah sangat.

Alisa tersenyum.

"Betul ke awak nak pergi jauh dari saya? Tak nak jumpa saya lagi? Betul ke??"

Soal Alisa bertalu-talu. Wajahnya yang penuh mengharap dipandang Syahmi.

Syahmi hanya mendiamkan diri. Dia pun tak tahu apa jawapan yang patut dia berikan.

"Saya tahu awak tak boleh buat begitu. Sebab itu saya nak beritahu yang saya pun ada perasaan dekat awak Syahmi."

Syahmi tergamam.

"Benar Syahmi. Saya sudah belajar dan entah bila saya jatuh cinta akan awak. Saya selalu rindukan awak. Saya ada juga buat solat istikharah dan minta pertunjuk Allah. Dan petunjuk Allah yang saya dapat adalah awak. Wajah awak selalu muncul dalam mimpi saya. Tiga kali saya lakukan solat istkhikarah, setiap kali itulah wajah awak muncul."

Alisa berjeda seketika sebelum kembali menyambung. Dia rasa sebak saat itu.

"Awak."

"Cukup Lisa. Saya dah tak mahu dengar apa-apa lagi. Lagipun ia sudah tidak bermakna buat saya. Maafkan saya."

Terus Syahmi melangkah masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Tubuhnya disandarkan di belakang pintu. Serentak air matanya mengalir keluar. Dia rasa bersalah sangat mengatakan sebegitu kepada Alisa yang tidak tahu apa-apa.

'Maafkan aku Alisa. Aku tak nak kau bersama dengan aku. Aku masih tak mampu membahagiakan kau.'

Alisa di luar rasa sedih akan sikap Syahmi. Kenapa mesti Syahmi tiba-tiba berubah. Sebelum ni biasa saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience