BAB 9

Romance Completed 13183

Perbualan mereka terhenti apabila seorang guru wanita berkebaya hijau
muda masuk ke dalam kelas. Guru wanita itu memperkenalkan diri sebagai
Cikgu Salina selaku guru kelas mereka pada tahun ini. Sesi perkenalan
dimulakan. Para pelajar dikehendaki menyebut nama, sekolah lama,
tempat tiggal dan hobi. Kemudian, sesi pengajaran dan pembelajaran pun
bermula. Nawwar melihat sekeliling sebelum menumpukan perhatian pada
papan hitam di hadapannya. Pelajar lelaki yg dipanggil Ezzy itu
dipandang sekilas. Segera dia mengalihkan pandangan apabila tertangkap
oleh panahan mata Ezzy. Entah mengapa, hatinya dilanda debar.

Selepas waktu rehat, kelas Matematik pun bermula. Setakat ini tiada
masalah yg dihadapi oleh Nawwar. Cuma sebelum rehat tadi ada berlaku
dua insiden yg menarik. Pertama, gadis cantik berambut panjang yg
bernama Rosshaida, begitu berani mendekati Ezzy, penuh dengan lagak
menggoda. Nawwar yg melihat hanya diam. Dalam hati, dia terasa sangat
sakit. Sukar untuk ditafsirkan sakit yg bagaimana dan Nawwar juga tidak
tahu kenapa dia berperasaan begitu.

"Hi, I'm Rosshaida. You can call me Shida," Rosshaida menutur kata
lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tetapi tidak diendahkan oleh
Ezzy.

Sebaliknya lelaki itu bangun dari kerusi berniat untuk meninggalkan
gadis berambut panjang itu. Yang mengejutkan Nawwar adalah Rosshaida
berank memegang tangan Ezzy sambil mengenyitkan matanya. Apabila Ezzy
merentap tangannya, Rosshaida masih lagi menguntum senyum.

"You are so cool! I'll make sure you be my boyfriend!" laung
Rosshaida pada Ezzy yg semakin jauh meninggalkannya.

Nawwar mengutuk di dlm hati. Gatalnya perempuan itu. Muka cantik
tapi syg, gedik! Agaknya perempuan cantik memang ada sikap begitu.
Tak banyak, sikit mesti ada.

"Hahaha... nampaknya Ezzy dah ada mangsa baru," ujar Julina sewaktu
mereka duduk menikmati nasi goreng di kantin.

"Saya tak sangka Shida tu sgt berani. Saya, mati hidup semula pun tk
akan buat mcm tu," ujar Nawwar.

"Aku tahu. Kau kan perempuan Melayu terakhir," balas Julina.

"Perli ker?"

"Tak ada maknanya. Aku puji. Yalah, kau ni kira spesies yg jarang
dijumpai sekrg. Sopan santun dan lemah- lembut," jelas Julina.

"Dahlah, awak ni buat saya malu pula..."

"Lah, aku cakap benda yg betul. Budak-budak zaman sekrg ni,
advance. Kecil-kecil lagi dah pandai main cinta. Gatal sgt nk
berpunya," hujah Julina.

"Awak ni, bukan budak-budak zaman sekrg ke? Atau awak dari zaman Hang
Tuah dulu, guna mesin masa, dtg ke zaman ni?"
usik Nawwar.

"Amboi , mulut kau boleh tahan juga ya."

"Diam-diam ubi berisi Ju," balas Nawwar sambil tergelak kecil.

" Lagipun, bagi saya, semuanya masih terlalu awal. Kita masih muda,
banyak lagi yg perlu diteroka. Soal cinta dan perasaan ini boleh
difikirkan kemudian. Bercinta atau tidak, tak menjadi masalah. Yang
penting, cita-cita harus diutamakan. Kita ni dtg sekolah nk belajar,
bukan bermadu kasih," tambah Nawwar lagi.

Julina mengukir senyum mendengar kata-kata rakan sekelasnya itu. Apa yg
dilafazkan Nawwar tadi benar belaka. Sekarang adalah zaman di mana
persaingan terlalu sengit. Hanya yg berusaha dan punya kekuatan yg
mampu maju ke hadapan. Yang lemah dan berputus asa, sampai bila-bila
akan ketinggalan.

"Aduh!" Nawwar segera bangun apabila terasa betisnya bagai digigit
sesuatu lalu terdorong ke belakang dan tanpa dijangka, dia telah
berlanggar dengan seseorang.

Bunyi gelas jatuh kedengaran. Nawwar tercengang tatkala melihat baju
sekolah Ezzy yg basah. Dia telah berlanggar dengan seorang lelaki yg
dingin dan mungkin akan memarahinya dengan teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience