BAB 14

Romance Completed 13183

Mentari pagi masih belum memancar sepenuhnya. Pagi hari Selasa merupakan
pagi hari kedua dia menempuh alam sekolah menengah. Semalam, banyak
perkara telah berlaku membuatkan Nawwar berasa gusar. Apatah lagi
mengenangkan kejadian di kantin, menambahkan lagi risau dlm hati Nawwar.
Basikal yg ditunggang diparkir di tempat yg disediakan. Kali ini
kedatangannya ke sekolah berteman. Julina juga menunggang basikal ke
sekolah. Jadi,tidaklah Nawwar keseorangan lagi meredah pagi yg dingin.+

Nawwar merenung jam di tangan kanannya. Pukul 7.20 minit pagi. Masih ada
sepuluh minit lagi sebelum loceng berbunyi, menandakan sesi pengajaran
dan pembelajaran akan bermula. Nawwar dan Julina bergandingan duduk di
salah sebuah wakaf yg dibina berhampiran tempat perhimpunan.+

"Assalammualaikum," tegur seseorang sejurus Nawwar dan Julina
melabuhkan punggung di bangku kayu yg tersedia di situ.

"Waalaikumussalam, awak rupanya," balas Nawwar.

"Ya, saya. Ingatkan siapa tadi? Buah hati? Afzar mengusik.

Nawwar ketawa kecil. Julina yg duduk di sebelah diam memandang. Wah
boleh tahan juga Nawwar ni. Lelaki yg mendampinginya itu tidak kurg
kacaknya berbanding Ezzy.

"Macam mana sekolah semalam?" tanya Afzar.

" Bolehlah. Masih baru lagi. Banyak juga tempat yg saya belum lawat.
Luas sungguh kawasan sekolah ni," jawab Nawwar.

"Tak apa, perlahan-lahan. Tak pun, ada masa nanti saya bawa awak
melawat. Itu pun kalau awak sudi," ujar Afzar.

Nawwar ketawa lagi. Berada bersama-sama Afzar, dia berasa senang sekali.
Lelaki itu tampak peramah dan mengambil berat.

"Okeylah, saya minta diri dulu. Ada masa kita berbual lagi ya," ujar
Afzar lalu melangkah pergi.

Nawwar hanya memerhati kelibat Afzar yg menyertai kumpulan
kawan-kawannya. Ah, dia terlupa hendak bertanya lelaki itu berada dlm
tingkatan berapa.

"Ehem, ehem... Wah, bukan main lagi kau ya. Semalam bukan main lagi ckp
tk nk bercintalah, masoh mudalah, nk kejar cita-citalh. Sekarang dh
terbalik pula," sindir Julina.

"Terbalik apanya?"

"Yalah, tadi tu, bukan kekasih jato ke?" Julina serkap jarang.

"Isy, pandai-pandai aje awak ni. Tadi tu senior kitalah. Kenal secara
kebetulan. Dah saya anggap macam abg," balas Nawwar.

"Yalah, mulut ckp abg, hati ckp sayang."

"Dah, dah... melayan awak bercakap memang saya tkkan menang. Emm, kelas
pertama hari ni subjek apa?" tanya Nawwar.

"Tukar topik nampak."

"Ju... sudah!" tegas Nawwar.

Julina tergelak. Seketika kemudian loceng berbunyi. Para pelajar mula
beratur dalam barisan kelas masing-masing untuk mendengar maklumat dari
guru yg bertugas minggu itu. Selepas itu, masing-masing bergerak menuju
ke kelas yg telah ditetapkan.

"Tak ada kelas pagi ni cikgu?" tegur Sallehin pada Naila yg sedang
asyik dgn buku rekod mengajarnya.

"Kelas pukul sepuluh nanti. Cikgu pun tk ada kelas ke?"

"Tak. Eh, cikgu dh sarapan? 'Mulalah tu nk mengayat aku. Tolonglah!'

"Terima kasih cikgu tapi saya dh sarapan di rumah tdi. Kenyang lagi,"
tolak Naila,sopan.

"Kalau macam tu, awak temankan saya boleh?"

Naila tersentak. Hatinya mencebik.

'Tolonglah, kau ingat aku tk ada kerja lain nk buat? Nak pergi
sarapan pergi sajalh. Org dh tolak, nk paksa-paksa pula'

"Maaf cikgu. Mungkin lain kali. Saya nk jumpa Guru Besar kejap lagi. Nk
tanya tentang siapa guri bertugas minggu depan,"dalih Naila.

Sallehin tersenyum kelat. Ketara benar Naila tidak berminat terhadapnya.
Apakah kerana status dirinya membuatkan Naila berfikir dua kali untuk
menjalin hubungan dngannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience