BAB 3

Romance Completed 13183

Bunyi enjin kenderaan yang lalu lintas membingitkan telinga. Entah
mengapa lidah Nawwar menjadi kelu. Tidak tahu apa yang hendak dibualkan
dengan pemuda itu.

"Err... okeylah, saya minta diri dulu. Dah lewat ni. Risau pula ummi
saya nanti. Terima kasih ya sekali lagi untuk payung ni," ucap Nawwar
seraya bangun lalu meninggalkan pemuda itu dengan debaran di dada.

"Cik!" Afzar memanggil gadis berbaju kurung rona hijau pucuk pisang itu.

Nawwar berpaling. Lantas dia menepuk dahi. Sebuah bungkusan ditunjukkan
padanya. Hai, dia ni memang cuai betul. Lalu Nawwar berpatah semula
menuju ke arah Afzar tadi.

"Sorry, saya ni memang cuai sikit," ujar Nawwar dalam gelak kecil.
Afzar hanya tersengih. Nawwar menyambung semula langkahnya. Baru sahaja
beberapa derap, dia terjelopok kerana tersandung. Pantas Afzar mendekati
gadis itu. Dalam hati, mahu sahaja dia ketawa.

"Cik! Okey ke tak ni?" tanya Afzar.

Nawwar mengukir senyuman tawar.

Malunya! Macam manalah dia boleh terjatuh? Mujur tidak ramai orang kala
itu. Pasti kakinya kepenatan kerana berdiri lama di dalam bas tadi.
Tidak mahu Afzar tertunggu jawapannya, dia segera membalas.

"Saya okey, betul! Biasalah, kita ni manusia biasa. Tak lari dari
terjatuh ni," ujar Nawwar sekali gus membuatkan Afzar tergelak besar.

Nawwar sedikit terasa dengan kelakuan Afzar. Jelas terpamer di wajahnya
yang berubah mendung. Afzar yang menyedari perubahan itu segera
menghentikan tawanya. Sungguh, dia tidak berniat hendak memalukan gadis
itu. Dia cuma geli hati mendengar kata-kata Nawwar tadi.

"Maaf, kata-kata awak tadi kelakar. Tu yang saya gelak. Bukan sebab
awak jatuh. Betul!" Afzar membuat penjelasan.

Raut wajah Nawwar kembali ceria. Dia segera berdiri lalu mengibas kain
baju kurung yang dipakainya, membuang sisa-sisa debu yang melekat. Afzar
membantu mengutip barang-barang yang terkeluar dari plastik lalu
menyerahkan pada Nawwar.

"Awak betul okey ni?" tanya Afzar sekali lagi meminta kepastian.

Nawwar menganggukkan kepalanya berkali-kali lalu dia kembali melangkah.
Semakin lama semakin hilang pandangan Afzar. Tanpa sedar Afzar
menggelengkan kepala. Nyata gadis itu sedikit mencuit hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience