BAB 6

Romance Completed 13183

Sampai sahaja di tempat yang dituju, kedua-dua gadis itu mengucapkan
terima kasih. Afzar meminta diri untuk beratur di dalam barisan
kelasnya. Nawwar duduk di belakang sekali dalam barisan kelas yang
ditunjukkan oleh Afzar tadi. Sekadar mahu meninjau para pelajar dalam
kelasnya terlebih dahulu.

"Ini kelas 1 Bitara ker?" tegur seorang gadis berambut panjang separas
bahu sekali gus mengejutkan Nawwar.

"Ah, maaf," ucap gadis itu, menyedari kesilapannya.

"Tak apa. Ha'ah, ini kelas 1 Bitara," jawab Nawwar.

"Alhamdulillah, jumpa juga!" ucap gadis itu.

Nawwar tersenyum. Nampaknya gadis itu turut mengalami apa yang
dirasakannya sebentar tadi.

"Terima kasih ya. By the way, I'm Julina. And you?"

"Nawwar."

"Nice to meet you Nawwar."

"Nice to meet you too," ucap Nawwar, ria!
+

Naila sedang sibuk menyusun jadual waktu pengajaran yang baru diperolehi
dari pejabat guru besar pagi tadi. Pembukaan penggal baru ini, dia
harus mengajar empat jam sehari, tiga kali seminggu untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu dan tiga jam sehari dua kali seminggu untuk mata
pelajaran Pendidikan Moral. Sama seperti tahun lepas cuma yang
membezakan, untuk tahun ini dia harus menjadi guru kelas bagi
murid-murid 3 Kenari.

Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan merupakan sekolah pertama dia
ditugaskan selepas tamat pengajian di Maktab Perguruan Temenggung
Ibrahim, dua tahun yang lalu. Tahun ini merupakan tahun kedua dia
bergelar seorang guru. Satu cita-cita yang memang diimpikan sejak dari
kecil lagi.

"Selamat pagi cikgu," sapa seorang pemuda membuatkan Naila mengukir
senyuman tawar.

"Selamat pagi," balas Naila sepatah.

"Cikgu bertambah cantik tahun ini,"puji pemuda itu lagi.

"Sudahlah Cikgu Sallehin, cukuplah jual minyak tu. Cikgu Naila,
jangan layan sagat Cikgu Sallehin ni, bapak segala buaya dia tu,"
perli Kak Maria yang duduk di sebelah meja Naila./+

Sallehin tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik tersusun.
Naila pula masih dalam senyuman. Tahu benar perangai pemuda yang duduk
di meja hadapannya ini. Sejak dari tahun lepas lagi cuba memikat
hatinya namun sayang, hatinya telah pun dicuri oleh seseorang.

"Selamat pagi semua."

Ah, baru sahaja disebut-sebut, sudah muncul. Kali ini senyuman Naila
bertukar manis bak gula Melaka. Matanya tidak lekang memandang pemuda
segak berbaju kemeja berjalur itu. Hatinya berbunga ceria. Pemuda itu
mengambil tempat di sebelah Sallehin.

"Selamat pagi Cikgu Syahar, semakin kacak nampaknya tahun ni," usik
Kak Maria.

"Hai kak, ingat-ingat sikit laki kat rumah tu..." sindir Sallehin,
memulangkan paku buah keras.

/"Ala, akak bergurau saja. Kamu ni..." ujar Kak Maria dalam tawa./

Syahar, itulah nama lelaki yang telah mencuri hatinya. Lelaki yang
sering hadir dalam mimpinya saban malam. Namun, lelaki itu jarang
sekali mendekatinya dan dia sendiri malu-malu untuk merapati lelaki itu.

Naila mengerling dengan hujung mata perlakuan Syahar. Lelaki itu
kelihatan tekun meneliti buku rekod mengajarnya. Kak Maria yang
menyedari mencuit bahu Naila membuatkan gadis itu tersipu malu.
Sallehin yang perasan akan kerlingan Naila pada Syahar hanya diam membisu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience