BAB 7

Romance Completed 13183

Kelas* 1 Bitara seperti padang pasir nan tandus lagaknya. Diam seribu
bahasa. Hanya bunyi kipas siling yang kedengaran. Nawwar mengambil
tempat duduk di barisan kedua lajur ketiga bersama-sama dengan Julina,
kawan yang baru dikenalinya sebentar tadi. Selepas perhimpunan yang
berlangsung selama setengah jam, para pelajar diarahkan masuk ke kelas
masing-masing. Bagi pelajar tingkatan 1, setiap kelas diwakili oleh
seorang pengawas yang memberi petunjuk untuk menuju ke kelas yang telah
ditetapkan.

Nawwar mengambil kesempatan ini memerhati para pelajar di dalam kelas
tersebut. Seramai 12 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar
perempuan berada dalam kelas itu. Mata Nawwar singgah pada seorang
pelajar perempuan yang persis pelakon Hollywood, Penolepe Cruz tetapi
dua kali pandang macam pelakon Malaywood pula. Cantik! Dengan
rambutnya yang panjang dan licin serta wajah yang hanya dilekap dengan
bedak tipis, kejelitaan gadis itu benar-benar mampu memikat para lelaki
yang melihat. Terbukti apabila semua pelajar lelaki tidak berkedip
memandang gadis itu sejak tadi. Pasti dia berdarah kacukan.
Maklumlah, anak yang lahir dari proses kacukan ni memang dilahirkan
dengan rupa paras yanh menawan.+

'Hmm... mungkin kalau nak kawin esok, kena caru suami bangsa lain.
Nanti anak yang lahir mesti cantik atau kacak,' Nawwar bermonolog di
dalam hati.

"Senyap aje ya," ujar Nawwar pada Julina.

"Ala, baru lagi. Belum berkenal-kenalan. Dah kenal nanti, riuhlah,"
balas Julina.

"Oh ya, awak tinggal di mana?" tanya Nawwar pada Julina.

"Taman Desa Rusa. Kau?"

"Oh, tak jauhlah dari rumah saya. Saya tinggal di Kampung Baru,".
jawab Nawwar.

"Kau pergi sekolah naik bas ke?" giliran Julina pula bertanya.

"Tak, naik basikal. Kenapa?"

"Kalau macam tu, bolehlah kita pergi ke sekolah sama-sama, ya. Aku
pun naik basikal juga. Tunggu kat depan kedai runcit Mesra pukul 7.15
pagi, okey?". cadang Julina.

"Oh, besar tapak tangan, besar lagi hati saya ni menerima pelawaan
awak,". balas Nawwar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience