BAB 12

Romance Completed 13183

Mentari hangat berbahang tengha hari itu. Mujur sepanjang jalan yg
dilalui mereka berdua dilitupi dengan pepohon yg rendang. Jadi,
tidaklah terasa sgt panasnya. Entah mengapa Nawwar semakin berminat
hendak mengetahui lebih lanjut tentang lelaki bernama Engku Tarmizi
Engku Omar itu atau nama pendeknya Ezzy

"Lepas tu?"

"Bukan aku aje yg perasan. Kawan-kawan lain pun. Budak-budak
perempuan yg minat kat dia pun dia dh tk layan walau memang dia tk
pernah layan pun tapi adalah juga berjumpa gitu-gitu,"

"Awak tk tanya dia ke?"celah Nawwar.

“Tanya apa?"

"Tanya kenapa dia berubah..."

"Dah buang tabiat? Bukannys aku ni kawan rapat dia. Kekasih jauh
sekali. Tak ada maknanya aku nk tanya," balas Julina.

Nawwar tersengih. Seketika kemudian mereka berpisah di hadapan kedai
runcit Mesra. Jarak ke rumahnya sudah tidak jauh lagi. Nawwar
mengekori jalan pintas y berlekuk di sana-sini. Berhati-hati dia
mengayuh agar tidak jatuh.

Ingatannya kembali menerawang pada pelajar lelaki yg dipanggil Ezzy itu.
Ingin sekali dia memohon maaf dan mendengar lelaki itu memaafkannya.
Dia diserang rasa serba salah yg amat. Sedang asyik mengelamun, tayar
basikalnya terlanggar batu yg agak besar sekali gus membuatkan Nawwar
hilang kawalan lalu terjatuh.

Nawwar mengaduh sakit. Itulah, berkhayal lagi...

Naila memarkir motosikal yg ditunggangnya ke sekolah di dlam garaj yg
dibina oleh abahnya. Ramai guru-guru di sekolah seakan tidak percaya
melihat dia menunggang motosikal itu. Ala, bukannya satu perkara pelik
seorg gadis menunggang motosikal. Lainlah kalau dia ke sekolah menaiki
kereta kebal atau bulldozer. Itu barulah pelik namanya. Lagipun, jarak
sekolah dengan rumah bukanlah jauh. Sekitar dua kilometer sahaja.

Sejurus dia keluar dari garaj, kelibat adiknya yg mengayuh basikal
tiba. Nawwar turut memarkir basikal miliknya di dalam garaj. Kemudian
dia menyapa kakaknya.

"Lewat sampai kak ngah?"

"Ada kerja sikit kat sekolah tdi. Hah, tu baju kamu kenapa?" Naila
menunjuk pada baju adiknya yg bertompok coklat itu.

"Hehehe... macam biasalah kak ngah..." jawab Nawwar.

"Hai, kau ni kalau tk jatuh sehari tk sah! Mata tu letak kt lutut
agaknya," sindir Naila.

"Whatever... La... la... la..." ujar Nawwar lalu bergegas masuk ke
dalam rumah meninggalkan kakaknya di belakang.

"Assalammualaikum semua!"ucap Nawwar.

Salam yg diberi dijawab oleh umminya yg berada di dapur. Nawwar tidak
terus ke bilik untuk menyalin pakaian sebaliknya meluru ke dapur kerana
perutnya sudah berkeroncong minta diisi.

Nawwar mencium sebelah pipi umminya ketika umminya itu sedang mengadun tepung di dalam mangkuk. "Hendak buat jemput-jemput petg nanti," jelas Ummi.
Pantas Nawwar membuka tudung salji, melihat juadah yg terhidang untuk
mkn tengah hari.

"Macam mana sekolah hari ni? Seronok?" tanya Hajah Halim
"Okeylah ummi... Best juga. Dapat ramai kawan," jawab Nawwar sambik
mengambil pinggan di rak yg disediakan.

"Ummi dengar bunyi motor kakak kamu tadi. Mana dia?" Hajah Halimah
bertanya lagi.

"Kejap lagi adalah tu. Ummi, ni kari apa?"

"Kari udang campur bendi," jawab Hajah Halimah.

Nawwar segera menyenduk nasi di dalam rice-cooker. Seketika kemudian
Naila muncul di dapur. Gadis itu juga turut menghadiahkan sebuah
kucupan di pipi umminnya.

"Ummi mana opah?" tanya Naila sambil tangannya menuang air masak dari
dalam jag yg disediakan di atas meja itu.

"Opah ke rumah Mak Cik Kiah kamu. Katanya nk ambil anak ikan sepat nk
buat pelihara. AnakMak Cik Kiah, Si Kamal tu ke sungai semalam,"
terang Hajah Halimah.

Nawwar mengambil sedikit kuah kari dari dlm mangkuk lalu disiram ke atas
nasi putih di pinggannya. Dia hanya mendengar celoteh kakak dan umminya
itu.

"Anak ikan sepat? Hai, apa mimpi opah nk pelihara ikan sepat?" Naila musykil.

"Ikan talapia dalam balang tukan dh mati semuanya. Takkan kamu tk
perasan?" ujar Hajah Halimah sekali gus membuatkan Naila memandang
balang ikan yg diletakkan di tepi rak pinggan.

Balang itu kosong tiada penghuni. Bagaimana dia boleh tidak perasan?
Ah, opahnya itu memang suka membela haiwan. Ikanlah, kucinglah,
ayamlah. Kalau boleh tikus pun nk dibelanya. Naila mengukir senyum
tatkala terkenang sifat opahnya yg penyayang itu.

"Dah lama juga opah tk buat pekasam puyu ya ummi." ujar Naila.

"Mengidam ke ank ummi ni?" Hajah Halimah mengusik.

"Adalah sikit ummi..." jawab Naila dlm gelak.

"Abah kamu ada ke sungai semalam. Petang nanti abah ke sungai lagi.
Kalau ada rezeki sekor dua puyu melekat kt jaring tu, ummi buatkan
pekasam ya." beritahu Hajah Halimah.

Wajah Naila berseri. Kecur liurnya apabila membayangkan pekasam puyu yg
menjadi kegemarannya sejak dari kecil lagi. Lantas dia memwluk umminya
itu lalu mengucapkan terima kasih. Nawwar tersengih melihat kakaknya yg
berperangai seperti kanak-kanak itu.

"Tak nak makan ke?" Hajah Halimah menyoal .

"Kejap lagilah ummi. Nak solat dulu. Perut Naila ni kecil, tk macam
perut empar lapis budak tu," ujar Naila seraya memuncungkan bibir ke
arah adiknya.

Nawwar yg mendengar sindiran kakaknya tersedak. Mulut kakaknya itu
memang laser mengalahlan wartawan rancangan Melodi. Ada saja benda yg
nk diperlinya. Hajah Halimah hanya mampu mengeleng melihat telatah dua
org anak gadisnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience