BAB 10

Romance Completed 13183

"Ma... ma... maaf. Saya tk sengaja," ucap Nawwar.

Ezzy memandang Nawwar sebentar sebelum melangkah pergi. Mujur air yg
dipegang oleh lelaki tadi air suam. Jika sup atau makanan lain, tk dpt
Nawwar bayangkan. Nawwar mengalihkan pandangan pada Julina. Gadis itu
hanya mengangkat bahu.

"Bangun semua!" ucap ketua kelas yg baru dilantik sebelum rehat tadi
menyebabkan lamunan Nawwar terbang entah ke mana.

Nawwar turut sama bangun bersama-sama pelajar lain. Salam diberi dan
doa dibaca. Kemudian, masing-masing duduk di meja belajar dan mula
fokus pada guru lelaki yg memakai kemeja rona kelabu. Guru yg akan
mengajar subjek Matematik. Nawwar menoleh ke belakang, dengan niat
ingin melihat keadaan Ezzy. Segera dia memandang ke hadapan semula
kerana Ezzy ternyata sedang merenungnya dengan pandangan yg tajam.
Serta-merta Nawwar jadi gelisah.

"Macam mana mengajar harini, cikgu?" tegur Kak Maria sejurus Naila
melabuhkan punggung di kerusi meja kerjanya.

"Macam biasalah kak. Budak sekolah rendah ni, perangainya sama saja.
Lainlah budak sekolah menengah. Dah boleh berfikir, dah ada
keinginan. Budak sekolah rendah ni masih boleh dilentur, masih
mendengar kata," jawab Naila.

"Betul tu, cikgu. Dengar kata cikgu jadi guru kelas bagi murid tahun
tiga?"

Naila menganggukkan kepala. Entah dari mana wanita di sebelahnya ini
mendengar khabar tersebut, tidak pula Naila ketahui. Namun, mengenali
ibu beranak dua ini sejak setahun yg lalu, dia sudah masak benar dgn
sifat ingin tahu Kak Maria yg terlebih had itu. Wanita ini boleh
dikatakan sebagai pusat maklumat bergerak. Tahu sahaja perkembangan yg
berlaku di sekitar sekolah. Tidak kiralah hal guru-guru, murid-murid
mahu pun para pekerja am di sekolah itu.

"Bertuah kamu. Baru setahun lebih mengajar, dh dpt jadi guru kelas,"
ujar Kak Maria.

"Bertuah apanya kak? Seksa adalah, Tanggungjawab makin berat dan
bertambah," balas Naila.

"Dah nama pun tanggungjawab yg mudah, Nak senang, kahwin anak Tan Sri
ke, anak Dato' ke, duduklah goyang kaki kat rumah aje," perli Kak
Maria.

Naila tergelak kecik mendengar kata-kata wanita berumur empat puluh satu
tahun itu. Dalam masa yg sama Syahar masuk membuatkan tawa Naila mati.
Kelihatan lelaki itu tergesa-gesa mengemas mejanya.

"Hai, kelam kabut nampak cikgu?" tegur Kak Maria.

"Ada hal kat rumah kak. Saya balik dulu ya," jelas Syahar lalu
melangkah pergi tanpa memandang sekilas pun pada Naila.

"Kamu suka Cikgu Syahar tu ke?" serkap Kak Maris membuatkan Naila
sedikit tersentak.

"Isy, akak ni... merepek aje. Dahlah saya pun nk berkemas ni. Nak
balik, makan. Perut dah bergendang irama 60-an ni,"ujar Naila.

"Gendang gendut tapi kecapi, Cikgu Naila dah jatuh hati,"usik Kak Maria.

Naila yg mendengar tersipu malu. Tidak lama kemudian, tawanya meletus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience