BAB 5

Romance Completed 13183

Sekolah Tinggi Bukit Saujana merupakan sekolah baru tempat Nawwar
menimba ilmu. Semuanya dirasakan serba baru. Jika dahulu, abah akan
menghantarnya ke sekolah rendah yang terletak agak jauh dari rumah.
Tetap sekarang dia hanya perlu mengayuh basikal kerana jarah dari rumah
ke sekolah barunya itu tidaklah begitu jauh. Sampai sahaja di sekolah,
Nawwar tidak tahu hendak buat apa. Dia seperti rusa masuk kampung.
Terpinga-pinga. Hendak terus ke kelas atau tunggu sehingga loceng
berbunyi. Mata Nawwar meliar memerhati sekeliling. Mana tahu ada
kawan-kawan yang dikenali semasa di sekolah rendah yang menyambung
belajar di sini.

Setahu Nawwar, ada enam buah sekolah menengah di sekitar daerah Port
Dickson ini. Jadi agak banyak pilihan yang boleh dibuat. Nawwar
memilih sekolah ini kerana terletak tidak jauh dari rumah. Itu
merupakan sebab utama. Selebihnya, dia juga ada mendengar khabar
bahawa sekolah ini adalah antara sekolah terbaik di daerah ini.
Entahlah, abah yang menguruskan hal persekolahan. Dia hanya menurut.

"Awa!"

Nawwar terdengar namanya dilaung. Pantas dia mencari kelibat yang
memanggil namanya tadi. Dari kejauhan, Laila kawan sekelasnya semasa
belajar di sekolah rendah kelihatan. Syukur, ada juga orang yang
dikenalinya di sini.

"Wah, tak sangka awak masuk sekolah ini juga! Gembiranya saya!" sapa
Laila sejurus bertentang mata dengan kawannya itu.

"Iya, saya juga gembira! Awak apa khabar? Cuti sekolah senyap
sahaja ya," ujar Nawwar seakan berjauh hati.

"Saya sihat sahaja. Cuti sekolah saya tinggal di kampung, sebab tu
awak tak nampak. Dengar kata awak dapat tawaran ke MRSM. Tak pergi?"

"Tak. Malaslah," jawab Nawwar.

"Ke nak duduk bawah ketiak mak lagi?" perli Laila.

Nawwar tergelak. Tak kisahlah nak dilabel anak emas ke, anak manja
ke, Nawwar tidak ambil hati. Asalkan dia bahagia, sudahlah.

"Eh, awak masuk kelas apa?" Nawwar bertanya.

"1 Berlian. Awak?"

"Ala... tak samalah kita. Saya masuk /kelas 1 Bitara," jawab Nawwar.

"Rasanya tu kelas budak pandai. Yalah, yang keputusan UPSR semua A.
Lainlah saya ni, 3A saja," terang Laila.

Nawwar melemparkan senyuman. Dia memegang bahu Laila. Terpinga-pinga
Laila diperlakukan begitu.
"Ala, tak kisahlah berapa A pun. Perkara dah lepas. Yang penting,
kita masih dapat belajar. Perjalanan hidup ni masih jauh. Jadi, harus
terus berusaha! Dahlah, jom!" ajak Nawwar.

Laila turut mengukir senyuman setelah mendengar kata-kata Nawwar tadi.
Benar, kehidupan tetap perlu diteruskan. Apa yang penting adalah
usaha. Ini hanyalah titik permulaan dalam kehidupan. Masih banyak yang
perlu diteroka. Ternyata Nawwar semakin matang dalam berfikir. Sejak
dulu lagi kawannya itu sentiasa berfikiran jauh.

"Emm, jom tu nak ke mana ya?" soal Laila.

"Entah, saya pun tak tahu."

"Awak ni..." ujar Naila lalu tergelak kecil diikuti dengan Nawwar.

Telinga kedua-duanya menangkap pengumuman yang meminta para pelajar
beratur di tapak perhimpunan. Nawwar dan Laila bergegas ke tempat yang
diberitahu. Kedua-duanya tercari-cari barisan kelas masing-masing.

"Nak beratur dekat mana ya?" tanya Laila.

"Saya pun tak tahu. Apa kata kita tanya orang," cadang Nawwar.

"Maaf kak. Tumpang tanya, kelas 1 Bitara kat mana?" Nawwar bertanya
pada seorang gadis yang kebetulan lalu di sebelahnya.

"Manalah aku tahu. Ada mata, carilah sendiri," jawab gadis itu
dengan sombongnya lalu berjalan pergi.

Nawwar terkedu. Begitu juga dengan Laila. Dalam fikiran, mereka
mempunyai tanggapan yang sama. Apakah pelajar sekolah menengah semuanya
bersikap dingin begini? Aduh, bagaimana sekarang? Di mana harus dia
cari kelasya? Hendak bertanya pada cikgu, masih belum kelihatan walau
seorang pun guru di tapak perhimpunan itu.

"Nawwar?" tegur seseorang.

Nawwar berpaling lantas terkesima.

"Afzar? Ya Allah! Syukurlah!" ucap Nawwar.

"Kenapa ni?"

"Gembira dapat jumpa awak. Saya tak tahu mana satu barisan kelas
saya," jelas Nawwar.

"Awak masuk kelas apa?"

"1 Bitara."

"Oh mari ikut saya," ajak Afzar.

"Abang, kelas 1 Berlian pula?" tanya Laila dalam perjalanan menuju ke
barisan kelas 1 Bitara.

"Selang dua baris dari kelas 1 Bitara aje," jawab Afzar membuatkan
Laila menarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience