BAB 15

Romance Completed 13183

EZZY merasakan ada sesuatu di bawah meja tulisnya. Lantas ditarik
keluar benda tersebut. Sekeping coklat bersaiz sederhana. Ads sehelai
kertas kecil dilekatkan di atas coklat itu. Ezzy membacanya dengan teliti.+

Maaf tentang semalam. Saya tk sengaja. Ada semut gigit kaki saya waktu
tu. Maaf ya.-Nawwar-

Bibirnya menguntum senyum. Pasti gadis itu meletakkannya sebelum waktu
rehat tadi. Entah mengapa dia berasa geli hati. Dia memandang Nawwar yg
sedang menumpukan perhatian pada guru yg sedang mengajar di hadapan.
Fairuz Nawwar Mansor. Dapat dirasakan gadis itu lain dari yg lain.+

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Nawwar
bergegas mengemas alatan tulisnya lalu memasukkan buku dan kotak pensel
ke dalam beg sekolah. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Lapar
benar rasanya. Kata ummi sebelum dia ke sekolah pagi tadi, ummi hendak
masak sambal ikan keli, makanan kesukaannya untuk makan tengah hari
nanti. Sambal ikan keli bagai sedang melambai-lambai ke arahnya.+

/"Kau terkocoh-kocoh ni nk ke mana? Sakit perut?" soal Julina melihat
kawannya itu tergesa-gesa mengemas beg sekolahnya.

"Laparlah," jawab Nawwar, jujur.

"Hai, dh makan nasi goreng maa rehat tdi pun lapar lagi? Perut buaya apa?"

"Bukan perut beruang," balas Nawwar.

Julina tergelak. Nawwar memang ceria orgnya dan suka ketawa. Baguslah,
kata org senyum itu adalah kelopak, ketawa itu adalah bunga yg kembang
sempurna. Para pelajar mula berpusu-pusu keluar. Nawwar bangun namun
langkahnya terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Nawwar menoleh
dan wajah Ezzy menyapa pandangannya.

"Awak panggil saya?" tanya Nawwar seakan tidak percaya.

Julina yg berdiri di sebelah turut mengerutkan dahi. Jarang dia melihat
Ezzy berbual dengan seseorang.

“Boleh aku bercakap dengan kau sekejap?" pinta Ezzy lalu memandang ke
arah Julina.

Julina yg seolah-olah faham Ezzy hanya ingin berbicara dengan Nawwar
segera berlalu. Nawwar tidak sempat menghalang. Tiba-tiba ada gemuruh yg
menjalar dlm dirinya.

"A... ada apa?"

"Terima kasih untuk coklat tu. Aku tahu kau tk sengaja," ujar Ezzy.

"Sama-sama. Maaf ya. Saya rasa serba salah," balas Nawwar.

"Its okay. Small matter. Okay, that's all. Bye!" ujar Ezzy lalu
melangkah pergi.

"Err... Tarmizi!" teriak Nawwar.

Ezzy berpaling. Dia menanti Nawwar meneruskan kata.

"Terima kasih sudi terima coklat tu," ujar Nawwar.

Senyuman terukir di bibir lelaki itu.
Ezzy menganggukkan kepalanya.+

"By the way, next time, just call me Ezzy, lebih ringkas," balas Ezzy
dan kemudian meneruskan langkah.

Nawwar berasa hatinya seperti sedang berbunga-bunga mekar tatkala
mendengar kata-kata lelaki itu tadi. Nampaknya, Ezzy tidaklah seburuk yg
disangka. Mungkin, ini adalah detik permulaan perkenalan mereka. Nawwar
memerhati sekeliling. Hanya tinggal dia seorang sahaja yg berada di dlm
kelas itu. Pantas Nawwar mengatur langkah menuju ke tempat letak
basikal. Di situ, Julina sudah sedia menunggu.

"Wah berseri-seri muka tu. Apa yg Ezzy cakap kt kau?" tanya Julina.

"Tak ada apa. Perkara kecil saja," jawab Nawwar sambil membuka mangga
kunci basikalnya.

"Ala, dengan aku pon nk berahsia," Julina cuba mengorek.

"Betul, tk ada apa. Dah, jom! Perut saya dh bergendang irama dangdut
ni," balas Nawwar lalu menyorong basikalnya keluar.

"Wei, tunggulah kejap! Beritahulah aku, apa Ezzy cakap tadi..." desak
Julina.

"Hehehe... rahsia!" ujar Nawwar lalu mula mengayuh basikalnya laju,
meninggalkan Julina di belakang.

"Hah, Wei! Tunggulah aku! Wei! Tunggu!" laung Julina apabila melihat
Nawwar semakin menjauhinya.

Ada riang yg bertamu di hati Nawwar saat ini. Betul apa yg dibacanya dlm
majalah malam tadi. Coklat dpt membuatkan seseorang itu lembut hati.
Moga hidupnya juga akan terus diselubungi dengan memori-memori yg manis.
Ya, manis dan menenangkan sama seperti coklat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience