BAB 9

Romance Completed 15739

Tepat pukul 12 tengah hari, paluan kompang kedengaran. Naimah segera mencapai tangannya, Nadia dengan perut besar juga mahu membantu. Tapi yang terjadi adalah, Marrisa dan Naimah yang membantu Nadia bangun. Marrisa melangkah sopan menuju ke hadapan rumah yang sudah di bentang karpet merah. Di hujung karpet itu suaminya sedang tersenyum manis, melegakan sedikit gentar dihatinya.

Bila Marrisa sampai di hadapan suaminya, tangan mereka bertaut. Mereka sama-sama melangkah ke arah pelaminan yang tersedia di luar rumah. Mereka di hujani dengan kelopak mawar yang di tabur oleh tetamu. Marrisa langsung terlupa segala-galanya. Yang dia tahu ialah untuk mengawal langkah agar tak tersadung dengan kain yang meleret dan untuk melemparkan senyuman.

“Bang, siapa pengapit abang?” tanya Marrisa selepas acara makan beradap, sewaktu Aril mengenalkan dia kepada saudara-maranya.

“Tadi sayang tak tengok ke?” tanya Aril pula. Takkan tak tengok langsung.

“Tak la, Rissa cemas sangat tadi.”

Aril kelihatan memanggil seseorang yang sedang duduk di khemah. Sambil menunggu, Marrisa berbual dengan mak saudara Aril yang di panggil Mak Teh itu. “Aril, aku nak balik dululah. Tahniah Rissa.” Suara itu ialah suara Zahin! Marrisa menoleh, benar iu Zahin! Hai kenapalah mereka semuanya berkait. Aku pulak yang pening.

“Terima kasih, Preity mana?” tanya Marrisa. Cuba berlagak biasa. Eh! Tapi Marrisa memang biasa pun. Mungkin kerana cintanya tak lagi bersisa.

Kelihatan wajah Zahin berubah sedikit, Aril pula menepuk bahu sepupunya itu. Mereka berjalan menjauhi Marrisa dan bercakap seketika sebelum Zahin berangkat pulang. Marrisa tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang berlaku. Aril hanya tersenyum bila melihat wajah penuh tanda tanya isterinya itu. Dia tak menghiraukannya, terus tangan Marrisa di tarik dan di bawa ke arah saudaranya yang masih belum di kenalkan pada isterinya.

“Kenapa dengan sepupu abang tadi tu? Salah kalau Rissa tanya pasal isteri dia?” tanya Marrisa akhirnya semasa mereka sudah berada dalam perut kapal terbang untuk berbulan madu ke Paris.

“Sayang, ini bulan madu kita. Abang tak nak fikir pasal benda lain. Boleh?” Aril masih mahu mengelak persoalan isterinya. Mendengarkan itu Marrisa mengangguk sahaja. Tak mahu memanjangkan cerita. Takut akan timbulnya konflik dalam perhubungan mereka yang baru sahaja bermula ini.

Bulan madu mereka berlangsung selama dua minggu. Marrisa sudah mampu mengaku yang bunga-bunga cinta sudah mula memenuhi ruang hatinya. Aril juga kelihatan bahagia sepenjang masa mereka di sana. Selama dua minggu itu mereka langsung tak memikirkan soal lain. Hanya soal hati dan perasaan yang menjadi perbualan mereka. Aril dengan cara menggodanya dan Marrisa dengan pelajaran cintanya. Dia mahu cepat-cepat merasakannya, kerana dia rasakan bahagia kini. Pasti dengan cinta rasa itu akan lebih bahagia. Ah! Marrisa sudah pandai jadi tamak.

Aril memeluk tubuh isterinya yang sedang asyik mengemas pakaian mereka yang mahu di bawa pulang. Marrisa membiarkan sahaja, bukan dia tak tahu yang suaminya itu suka membuat dia seperti bantal peluk. Sikit lagi je nak up grade jadi bantal busuk. Namun bila tangan suaminya itu mula merayap ke dalam bajunya, Marrisa menangkap tangan itu.

“Abang, Rissa nak kemas ni. Malam ni kan kita nak balik dah.” Marrisa berpusing menghadap suaminya itu.

“Abang tahulah, tapi abang rindulah sayang. Tak boleh tahan. Lambat lagi nak malam sayang. Sempat kalau sayang nak kemas lepas ni. Please sayang…” rengek Aril sedikit. Dia tahu yang Marrisa tak mungkin akan menolaknya lagi. Lantas tubuh itu di angkat ke katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience