BAB 6

Romance Completed 15739

Marrisa melangkah masuk ke dalam bangunan yang sudah dua tahun dia tak jejak. Nadia sudah berhenti kerja sebaik sahaja berkahwin. Zahin dan Preity pula di tukarkan ke tampat lain. Dia di tawarkan jawatan yang lebih tinggi di sini. Menjadi seorang ketua pegawai operasi di syarikat itu, menyebabkan dia terasa sedikit berdebar. Mampukah dia melakukannya?

Dia menuju ke kaunter penyambut tetamu, takut kalau-kalau berlaku perubahan tempat sepanjang dua tahun ini. Setelah mendapatkan serba sedikit arah untuk ke bilik CEO yang kini di pegang oleh anak Datuk Zamani, Marrisa terus menekan butang lif.

Setelah mendapat kebenaran untuk masuk ke bilik yang tertulis Zaril Haris itu, Marrisa terus membuka pintu bilik dengan perasaan sedikit gementar. Sebelum ini dia belum pernah berjumpa dengan anak Datuk Zamani itu.

Saat dia bertemu pandang dengan bos barunya itu, Marrisa benar-benar terkaku kini. Dialah Aril! Lelaki yang semakin kerap menganggunya kebelakangan ini. Entah dari mana nombor telefon Marrisa di dapatinya, dan kini mereka akan bekerja sebumbung pula.

“Selamat kembali, Cik Marrisa.” Formal sekali kata-kata Aril itu.

“Terima kasih, Encik Haris.” Marrisa juga membalas formal.

“Silakan duduk Rissa.” Kali ini sudah tiada formal yang di tunjukkan tadi. Marrisa hanya menurut. “Saya mahu awak panggil saya Aril seperti biasa. Kerja kita lebih kurang sahaja, dan awak pun boleh gantikan saya kalau saya tak ada. Sebab tu saya tak nak kita terlalu formal. Takut nanti kita tak biasa berkerjasama.”

“Baiklah kalau itu yang awak nak,” kata Marrisa tersenyum. Lebih senang berbicara dengan Aril yang berada di pejabat. Kalau di telefon, kerja nak merepek sahaja.

Sudah beberapa bulan Marrisa kembali bekerja di situ. Dia semakin biasa dengan kerjanya dan semakin biasa dengan kehadiran Aril dalam hidupnya. Aril seorang yang sibuk dengan kerjanya, namun tak pernah dia mengabaikan Marrisa. Selalu kalau meeting habis lambat, lelaki itu akan terus menghantarnya pulang. Bukan memandu kereta masing-masing, tetapi dia menghantar Marrisa dengan keretanya. Esok dia pula rajin pergi mengambil Marrisa di rumahnya.

Gossip liar sudah mula tersebar. Ada yang mengatakan, sebenarnya Marrisa adalah kekasih gelap Aril. Kerana keluarga Aril tak menyetujui perhubungan mereka, mereka terpaksa merahsiakannya. Kadang-kadang rasa mahu ketawa mendengar gossip yang ada masanya tak masuk akal.

“Cik Marrisa, Encik Haris panggil ke biliknya.” Intercom di atas meja tiba-tiba berbunyi. Marrisa segera mengambil fail yang mahu di tandatangan oleh Aril.

Dia masuk bila mendengar arahan dari dalam. Semua fail yang di bawanya tadi di letakkan di atas meja Aril dan dia pula duduk di kerusi di hadapan bila di suruh oleh Aril. Mereka berbual-bual sambil menanti Aril menandatangani dokumen-dokumen itu.

“Awak dah ada boyfriend?” tanya Aril tiba-tiba.

Marrisa terdiam seketika. Apahal mamat ni? Tiba-tiba je mambangkitkan isu sensitive ni. Perlahan-lahan Marrisa menggelengkan kepalanya.

“Saya nak jadi boyfriend awak boleh tak?”

Kali ini mulut Marrisa sudah ternganga. Biar betul! Dia tengah bergurau ke apa ni? Tapi muka tak nampak macam bergurau.

“Oh ini kerja kamu ya!” sergah satu suara dari belakang Marrisa. Aril dan Marrisa sama-sama menoleh ke arah pintu. Datuk Zamani sedang bercekak pinggang di situ. Mukanya serius sekali.

“Papa,” seru Aril perlahan. Mukanya kelihatan terkejut. “Apa yang papa buat di sini?” tanya Aril.

“Ini syarikat papa, suka hati papalah nak datang bila-bila masa. Patutlah setiap kali mama nak jodohkan kamu dengan anak kawannya kamu menolak. Dah ada pilihan hati rupanya. Kenapa tak bawa jumpa mama dengan papa. Kalau Marrisalah calonnya, kami pasti setuju.” Kata Datuk Zamani sambil tersenyum. Aril juga turut tersenyum lega.

Kini Marrisa pula yang terkaku dan terkejut. Apa semua ini? Jerit hatinya yang mula nak berdrama. Dia dan Aril belum pun apa-apa, Datuk Zamani sudah pun menyuruh mereka datang berjumpa Datin Hasinah. Bukan dia tak pernah berjumpa Datin Hasinah, tapi kali ini datang sebagai bakal menantu. Terus-terang dia katakan, hatinya langsung tak tercuit dengan Aril. Perasaannya terhadap Aril adalah kosong!

“Marrisa, saya tahu yang awak tak punya apa-apa perasaan terhadap saya, tapi saya hanya menemukan nama awak dalam Istikharah saya. Terimalah saya dalam hidup awak. Kalau benar kita berjodoh, saya akan bahagiakan awak. Tapi kalau kita hanya sebagai cubaan dan dugaan dariNya, saya doakan awak bertemu dengan cinta awak dan bahagia dengannya.” Lembut dan sayu kata-kata yang di tuturkan oleh Aril itu.

“Marrisa, terimalah Aril. Papa yakin yang dia akan bahagiakan Rissa. Papa tahu yang Rissa dah tak punya sesiapa lagi. Papa dah lama anggap Rissa macam anak sendiri, sebab itu papa hantar Rissa belajar Harvard. Papa tak kisah kalau Rissa menolak, tapi papa berharap Rissa boleh terima.” Nampaknya sudah bertukar panggilan Datuk Zamani. Semakin keliru Marrisa di buat mereka.

Memang benar dia dah tak punya sesiapa. Kalau untuk berkongsi cerita pun hanya pada Nadia. Kalau ini di beritahu kepada Nadia, sudah tentu kawannya itu melompat gembira. Kalau dulu cintanya telah di serahkan pada Zahin, tetapi lelaki itu tak tahu menghargainya. Kini dia pula yang di cintai seorang lelaki yang nampak begitu ikhlas. Akankah dia jadi seperti Zahin? Atau dia akan mampu membalas cinta lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience